Kek unik terisi wang tunai yang boleh ditarik semakin popular. dan mendapat permintaan tinggi. Bagaimanapun, tular baru-baru ini tangkap layar perbualan antara pelanggan dan pembuat kek ketika membuat pesanan.
Menerusi perbualan itu, pelanggan berkenaan bertanya mengenai harga kek tarik wang tersebut yang kemudian dijawab bahawa ia bergantung pada reka bentuk kek diingini. Pelanggan itu kemudian menghantar gambar reka bentuk kek sebelum pembuat kek memberikan anggaran harga lebih dari RM200. Selepas bersetuju dengan harga itu, dia memaklumkan ingin memasukkan kira-kira RM1,000 ke dalam kek. Pembuat kek itu kemudian mengatakan bahawa jumlah keseluruhan akan menjadi RM1,230 membuat pelanggan berkenaan terkejut kerana menyangka wang RM1,000 yang terdapat di dalam kek itu disertakan dengan harga RM230. Posting berkenaan telah mengumpulkan lebih 10,000 perkongsian, 3,700 tanda suka serta ribuan komen, yang mana semuanya mendapati perbualan itu sangat melucukan! Sumber: Murai
|
AnnaSendin: Kastemer tuew lawak, tapi pesal mahal naw kek nieyh? Ada swarovski ke canner?
shernazz replied at 6-9-2021 04:02 PM
Mmg ada customer begini...
Sabo jelah
Hhaha
fezy replied at 6-9-2021 08:34 PM
awat sengal nauuu
shernazz replied at 6-9-2021 08:38 PM
Iols tak tau
Kebanyakan nya adalah bbnu..
Depa kekadang suka pusing2
shernazz replied at 6-9-2021 08:38 PM
Iols tak tau
Kebanyakan nya adalah bbnu..
Depa kekadang suka pusing2
fezy replied at 7-9-2021 12:30 AM
mmg sengal. haha.
bertabahlah sis.
shernazz replied at 7-9-2021 12:37 AM
Iols kat puchong..hahaa
Iols pakai hp pung takde button pm
ADVERTISEMENT