Kelonggaran pergerakan wajar diberi memandangkan negara sudah mencapai liputan imunisasi yang tinggi iaitu mencecah 60 peratus populasi dewasa.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan kelonggaran bagi perjalanan rentas negeri dan aktiviti pelancongan. Bagaimanapun, katanya, kelonggaran itu perlu terhad dalam kalangan individu yang sudah menerima suntikan vaksinasi lengkap. "Kalau nak rentas negeri kerana mahu pulang ke kampung untuk menziarahi orang tua bolehlah, tapi pastikan orang tua kita juga sudah divaksinasi. "Ini kerana risiko untuk dia menjangkiti ahli keluarga yang belum divaksin itu masih ada. Sekarang ini liputan imunisasi sudah tinggi jadi tiada sebab lagi untuk seseorang itu tidak mendapat vaksin.
"Namun aktiviti sosial seperti penganjuran majlis atau kenduri yang membabitkan orang ramai berkumpul perlu dielakkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. Beliau mengulas mengenai kerajaan dijangka memberi lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri dalam tempoh terdekat. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, perbincangan berhubung kelonggaran SOP giat dibuat, bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa. Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan akan meningkatkan kadar pemberian vaksin di negeri yang masih merekodkan liputan bawah paras 60 peratus. Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, kerajaan juga boleh mempertimbangkan memberi kelonggaran bagi aktiviti pelancongan tertentu, namun dengan SOP yang ditetapkan. Katanya, individu lengkap vaksin perlu terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka di tempat awam dan menjaga jarak fizikal, maka kes baharu tidak akan meningkat. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mejaputih replied at 6-9-2021 05:01 PM
rentas daerah pun belum boleh dlm selangor ni...ntah bila nk bukak daerah...
AbukRokok replied at 6-9-2021 05:06 PM
pandai2la carijalan janganla lurus bendul
org baik lurus endgame awal
mejaputih replied at 6-9-2021 05:01 PM
rentas daerah pun belum boleh dlm selangor ni...ntah bila nk bukak daerah...
mejaputih replied at 6-9-2021 05:26 PM
iols org baik lurus pembaris
chenta_dewi replied at 6-9-2021 05:28 PM
Ko ni duduk dalam gua ke..aku baru pindah selangor sebulan dah ke hulu ke hilir mana ada roadblock
edayildiz replied at 6-9-2021 05:28 PM
baik mcm i..i pun dk umah jer..tp polis mmg takde pun buat sjr..adik ipar kakak i dr nilai p kl ...
chenta_dewi replied at 6-9-2021 05:28 PM
Ko ni duduk dalam gua ke..aku baru pindah selangor sebulan dah ke hulu ke hilir mana ada roadblock
mejaputih replied at 6-9-2021 05:33 PM
kat rumah iols ada sjr...menyampah... pastu last week balik dari jogging kat park pastu jalan dala ...
mejaputih replied at 6-9-2021 05:36 PM
iols nyaris2 kena saman tau last saturday..gara2 melencong masuk hiway sbb nk balik rumah...sib baik ...
delia3003 replied at 6-9-2021 07:20 PM
Bandar Seri Putra, Bangi sebelum tol pun ada SJR. KESAS dekat area tol Sunway tu tak tau ler ada ...
edayildiz: baik mcm i..i pun dk umah jer..tp polis mmg takde pun buat sjr..adik ipar kakak i dr nilai p kl ok jah
mejaputih replied at 6-9-2021 07:23 PM
Iols belah2 sana tak pasti .iols duk belah bangi ni..byk btul sjr..nk gi taman tun nk anto brg ele ...
ADVERTISEMENT