CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noorkhiriah Nak Menangis Sebab Miliki 4 Van Jenazah

6-9-2021 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6016| Komen: 21

Pejam celik, sudah setahun lebih usia Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang diusahakan oleh pelakon Noorkhiriah bersama suaminya, Azfaizul Ahtan.

Badan amal yang memberi bantuan pengurusan jenazah secara percuma itu bermula dengan hanya satu van jenazah yang pada asalnya adalah kenderaan pelbagai guna milik pasangan tersebut.


Foto: Harian Metro

“Bila kenang balik, rasa hendak menangis, seperti mimpi buat semua ini. Bermula dengan borak-borak dengan suami pada Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP1).

“Kemudian, keluarkan duit ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tukarkan kereta jadi van jenazah, tiba-tiba sudah setahun lebih @pertubuhanamalnurbykhiriah,” tulis pelakon drama Nur itu menerusi Instagramnya semalam.


Dalam pada itu, Noorkhiriah atau nama sebenarnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, menjelaskan, pada awalnya dia turut berasa bimbang untuk menggerakkan pertubuhan amal tersebut.

Hal ini kerana, pertubuhan tersebut memberikan perkhidmatan menguruskan jenazah bermula daripada kain kafan sehinggalah dibawa ke tanah perkuburan secara percuma.



“Allahuakbar, kemudian suami beritahu jangan risau, kita jalan saja, pasti ada rezeki.

“Bagaimana mahu bayar penyelenggaraan kereta kalau rosak, minyak dan tol lagi, sebab suami memang buat @pertubuhanamalnurbykhiriah percuma.

“Mandi, kafan, solat sampai hantar ke tanah perkuburan, tidak perlu bayar walau sepuluh sen,” tulis Noorkhiriah lagi.

Sungguhpun begitu, ibu kepada dua orang anak itu bersyukur kerana usaha murninya dipermudahkan, malah rezekinya semakin melimpah-ruah.

“Daripada satu van jenazah, tiba-tiba jadi dua dan kini sudah ada empat. Dua daripadanya adalah hasil infak. Baiknya Allah, dipermudahkan dari mula sampai sekarang.

“Ditambah ada yang tidak putus-putus menyumbang. Dari satu kes ke satu kes, pelbagai cara kematian. Sampai saya tidak berani buka galeri gambar suami,” tulisnya.

Noorkhiriah mengharapkan orang ramai terus mendoakan usahanya dipermudahkan agar dapat membantu lebih ramai orang pada masa akan datang.

“Doakan usaha kami dipermudahkan untuk membantu mereka yang memerlukan tidak kira tua, muda, miskin dan kaya. Sampai ke tanah kubur kami hantar, kami akan bantu, itu janji @pertubuhanamalnurbykhiriah,” tulis Noorkhiriah. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 6-9-2021 05:09 PM
inshaaAllah.. apa2 yg dijalan Allah takkan ada yg sia2. moga terus dipermudahkan urusan & dimurahkan lagi rezeki utk beri manfaat pada yg lain dlm pengurusan jenazah.. aminnn
Quote JohnyEnglish 6-9-2021 05:29 PM
Time2 kovid ni van jenazah paling laku.ntah berapa trip sehari
Quote KIM.K 6-9-2021 05:30 PM
Tahniah, sheol ikut pesan ulama
Quote woven11 6-9-2021 05:31 PM
Semoga di murahkan lagi rezki. Banyak pahala sheols…
Quote trexxxxxi 6-9-2021 05:34 PM
Alhamdulillah moga makin dimurahkan rezeki, bertambah ilmu dan amal.. atas fardhu kifayah yinnih
Quote TomyamPuteh 6-9-2021 05:38 PM
Bagus kak khiriah ni, walaupun dia tak dpt nk bezakan antara sup bunjut dgn bunjut guna -guna.
Quote dudaberhias 6-9-2021 05:55 PM
alhamdulilahhh semoga di permudahkan urusan dan murah rezeki lagi kepada kak noorkhiriah...
sian pulak kurang orang ambil dia berlakon... banyak show dia berlakon top2... tapi sebab rupa nan jhowo teemor masih sendusss di aidilfitri.. kalau dapat sign dengan netflix mesti untung...
Quote Missrarara 6-9-2021 06:05 PM
Alhamdulillah
Quote LadyCarefree 6-9-2021 06:17 PM
Alhamdulillah bagus tp kenapa nama pertubuhan siap ada by khiriah? Macam pelik nak promote diri.
Quote oggy 6-9-2021 06:20 PM
LadyCarefree replied at 6-9-2021 06:17 PM
Alhamdulillah bagus tp kenapa nama pertubuhan siap ada by khiriah? Macam pelik nak promote diri.

Mudah differentiate dengan persatuan2 lain. Banyak juga nama Persatuan Amal yang aku jumpa.
Quote makadek 6-9-2021 06:42 PM
Allhamdulilah tahniah
Jgn show off pepelik ye kami acik porem ni bole jadi sesumpah
Quote Kakalongmu 6-9-2021 07:26 PM
Alhamdulilah. Semoga sentiasa ditetapkan iman serta dijauhkan dari riak dan takbur
Quote RedEshah 6-9-2021 07:57 PM
Alhamdulillah~
Semoga dipermudahkan segala urusan & sentiasa dimurahkan rezeki.
Quote LadyCarefree 6-9-2021 09:03 PM
oggy: Mudah differentiate dengan persatuan2 lain. Banyak juga nama Persatuan Amal yang aku jumpa.


Ha ya la selalu letak nama terus tp by khiriah buat iols rasa macam eh. Hehe
Quote Fortiori02 6-9-2021 09:09 PM
Moga dipermudahkan sgl urusan..
Quote nakkomenjugak 6-9-2021 09:26 PM
Moga murah rezeki sheol
Quote KamikuP 7-9-2021 03:22 PM
Moga dipermudahkan urusan beliau.
Quote bukannasigoreng 7-9-2021 03:30 PM
menarik idea ni. kadang orang tak nampak
Quote biozipstar 7-9-2021 03:56 PM
semoga terus istiqamah dalam melakukan kebaikan....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051676 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top