Kanak-kanak di Britain dilaporkan membeli vape yang memiliki kekuatan sama seperti 125 batang rokok dalam trend yang mencetuskan kebimbangan kesihatan di Britain, lapor laman berita Mail Online semalam.
Vape tersebut dikatakan sangat kuat dan boleh menyebabkan penggunanya mengalami pendarahan hidung berpanjangan, batuk berdarah, sakit dada dan pening kepala. Lebih 53,000 vape jenama Greek Bars itu dijual setiap minggu di kedai-kedai vape biarpun mempunyai kandungan nikotin dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dibenarkan, manakala ribuan lagi dilaporkan dibeli secara online. Walaupun penjualan vape kepada remaja berusia bawah 18 tahun diharamkan, namun media sosial dipenuhi dengan hantaran daripada remaja dan kanak-kanak tentang vape tersebut.
Tanda pagar #geekbar mempunyai 46 juta tontonan di aplikasi sosial TikTok termasuk kandungan video yang memuji ‘perisanya yang enak’ selain bergurau tentang ‘ketagihan’ pada alat tersebut yang disamakan dengan kokain. Namun, kebimbangan terbesar adalah terhadap produk Geek Bar yang sangat kuat dan dijual pada harga antara £5 hingga £7 (RM28 hingga RM40). Dos nikotin yang tinggi boleh memberi kesan kepada perkembangan otak remaja. Profesor pediatrik dKolej Imperial London, Andrew Bush memberi amaran bahawa menghisap vape adalah ‘krisis besar bagi golongan muda.’ “Ia memikat kanak-kanak dan menjadikan mereka ketagih nikotin. Perkara ini amat membimbangkan. “Tiada sesiapa yang tahu apa sebenarnya ada di dalam cecair ini dan meletakkan bahan kimia panas yang tidak diketahui kandungannya ke dalam paru-paru merupakan satu idea yang buruk,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Normabaru replied at 7-9-2021 11:06 AM
vapers ni kt msia xngaku diaorg smoker...hmmm.xphm tgk br umur 20 thn dh vaper acah trendy..org dulu ...
Buritan replied at 7-9-2021 11:39 AM
Aku siang siamg ckp kat anak aku.. jgn merempit jgn campur budak tak semenggah dan jgn merokok.. s ...
Adrif replied at 7-9-2021 11:42 AM
ni kalau masuk dalam plot movie atau siri tv ni, mesti best
Buritan replied at 7-9-2021 11:39 AM
Aku siang siamg ckp kat anak aku.. jgn merempit jgn campur budak tak semenggah dan jgn merokok.. s ...
Buritan replied at 7-9-2021 11:39 AM
Aku siang siamg ckp kat anak aku.. jgn merempit jgn campur budak tak semenggah dan jgn merokok.. s ...
asmurai replied at 7-9-2021 11:48 AM
Setuju... Kita gunakan kuasa sebagai ibu..Engkorang semua anak anak kan perlukan doa ibu supaya hi ...
Buritan replied at 7-9-2021 11:39 AM
Aku siang siamg ckp kat anak aku.. jgn merempit jgn campur budak tak semenggah dan jgn merokok.. s ...
ninja9 replied at 7-9-2021 11:50 AM
Hahaha.. mesti tak sangup dia tengok
JohnyEnglish replied at 7-9-2021 11:56 AM
Mereka dan keluarga mrk yg malu
Buritan replied at 7-9-2021 01:39 PM
Aku siang siamg ckp kat anak aku.. jgn merempit jgn campur budak tak semenggah dan jgn merokok.. s ...
Normabaru replied at 7-9-2021 12:06 PM
Naik sampan kan.kohkoh..hahaha
Buritan replied at 7-9-2021 02:23 PM
Tak kisahlaa aku bwk le ape yg ade dirumah.. ade beskal.. beskal aku angkut. Janji rempittt.. sil ...
Buritan replied at 7-9-2021 11:39 AM
Aku siang siamg ckp kat anak aku.. jgn merempit jgn campur budak tak semenggah dan jgn merokok.. s ...
nakkomenjugak replied at 7-9-2021 08:16 PM
heheheh
berkat apak iol dulu kena tampar dengan arwah atuk
apak iol tampar lak abang sebab curi2 ...
Zhana replied at 7-9-2021 09:08 PM
awak....-anak sy dulu pun tak merokok sbb dia ada sinusitis, tak selesa hidung klau smoking, tapi ...
ADVERTISEMENT