CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bercinta Dengan Adam Rosyadi, Agnez Monica Bakal Masuk Islam Dan Bertudung?

7-9-2021 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7246| Komen: 21

Hubungan romantis Agnez Monica dan Adam Rosyadi selalu menjadi perhatian orang ramai. Bukan sahaja perbezaan usia mereka, tetapi juga perbezaan agama antara Agnez Mo dan Adam selalu menjadi perhatian.


Perbezaan agama pasangan kekasih ini juga menimbulkan pelbagai komen dari netizen. Ada yang menyangka Agnez akan memakai tudung menutup aurat  dan memeluk Islam mengikut agama Adam.

Foto: IG

“Saya tidak dapat bayangkan jika Agnez Mo memakai hijab” komen netizen

“Semoga dapat hidayah,” tulis netizen lain.

Malah ada yang beranggapan Adam akan mengikuti agama Agnez iaitu Kristian kerana baru-baru ini mereka didapati ke gereja.



Sebagai informasi, ini bukan pertama kali Agnes dikaitkan dengan berniat pindah agama sebelum bercinta dengan Adam. Namun, penyanyi lagu Tanpa Kekasihku ini tidak mahu ambil peduli dan membiarkan apa sahaja peminat bercakap pasal dirinya.

Agnez Mo percaya bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk bersuara. Tetapi kata-kata yang diucapkan juga mesti bijak. Hal ini pernah dia sebut dalam sebuah wawancara program hiburan di Indonesia.


Foto: IG

“Kadang-kadang orang panggil ‘Aku Bebas Bersuara’. Ya, tetapi anda juga dilarang jadi bodoh. Maafkan saya,” kata Agnez Mo.

Nampaknya, Agnes berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak untuk bersuara dan menyuarakan pendapat. Namun, dia menyarankan agar ia disampaikan dengan cara yang bijak.

Kononnya, Agnes mengungkapkan mesej yang mendalam ini kerana akhir-akhir ini dia menjadi topik hangat mulai dari hubungan cinta hingga isu peluk Islam.

Sebelum ini, hubungan antara Agnez Mo dan Adam Rosyadi dikhabarkan akan menuju ke tahap yang lebih serius.

Khabar angin mendedahkan bahawa Adam dan Agnez akan segera membawa kisah cinta mereka ke tahap perkahwinan. Namun, belum ada komen dari Agnez Mo mengenai fasa seterus hubungannya dengan Adam Rosyadi. -CARI

Sumber: Murai.my
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 7-9-2021 10:31 AM
Sheol memang suka jantan botak kendu eh? Dulu dengan sapa nama lelaki tu, alaaaah jantan botak tuuuuu

Baru google. Deddy Corbuzier.
Quote sarah82 7-9-2021 10:48 AM
dua_chzy replied at 7-9-2021 10:31 AM
Sheol memang suka jantan botak kendu eh? Dulu dengan sapa nama lelaki tu, alaaaah jantan botak tuuuu ...

Maybe nampak ensem kot..
Quote krustykrab 7-9-2021 11:19 AM
Merepek je netizen friskot berkedut ni..dh jantan tu pun mcm tu ..takkn la korg expect agnes ni berjubah bertudung labuh sampai ke tumit..agak2 ler
Quote bintangct 7-9-2021 11:21 AM
sarah82 replied at 7-9-2021 10:48 AM
Maybe nampak ensem kot..

dan mostly rapper kan jenis botak2 yg byk hehe
Quote bintangct 7-9-2021 11:24 AM
iols baru google si adam  ni.. muka cina sungguh
maybe ada mix.. tp nama dia nama melayu/islamik biasa je
mcm mana leh jd model sb nmpk biasa je dgn badan keding
Quote Adrif 7-9-2021 11:44 AM
diorang ni ada rambut shave botak

kami ni yang botak semula jadi, umo 20 tahun dah licin tau dak

nangis tak berlagu tak merasa zaman muda flip hair ke hulu flip hair ke hilir
Quote sue_liah 7-9-2021 12:07 PM
agnes ni berapa byk pasangan tukar2 da , setakat islam kristian kat sana tu apa la sgt

popular lg ke dia kt indo tu, sendu je nengoknya
Quote sarah82 7-9-2021 12:28 PM
bintangct replied at 7-9-2021 11:21 AM
dan mostly rapper kan jenis botak2 yg byk hehe

Betul juga.. Nampak sexy gitu.. Ada aura bad boy juga
Quote alesandra 7-9-2021 02:11 PM
Adrif replied at 7-9-2021 11:44 AM
diorang ni ada rambut shave botak

kami ni yang botak semula jadi, umo 20 tahun dah licin tau dak
...

kenapa botak semulajadi?ada penyakit ke?
Quote raxief 7-9-2021 02:28 PM
sarah82 replied at 7-9-2021 12:28 PM
Betul juga.. Nampak sexy gitu.. Ada aura bad boy juga

bulan ni, budak2 lelaki kat ofis aku pakat2 botak.. 2 org tu mmg dari dulu suka botak.. penangan pkp diorg ckp.. asyik wfh je
Quote sarah82 7-9-2021 02:30 PM
raxief replied at 7-9-2021 02:28 PM
bulan ni, budak2 lelaki kat ofis aku pakat2 botak.. 2 org tu mmg dari dulu suka botak.. penangan p ...

Senang sikit.. Aku ni nak pi potong rambut x boleh lagi.. Bulan depan aku nak pi potong sikit. Geram aku rambut panjang sangat..
Quote raxief 7-9-2021 03:08 PM
sarah82 replied at 7-9-2021 02:30 PM
Senang sikit.. Aku ni nak pi potong rambut x boleh lagi.. Bulan depan aku nak pi potong sikit. Ger ...

rambut aku, bini aku tarah je pakai mesin.. set je level 2 ke 3, potong semua rata je senang cerita
Quote sarah82 7-9-2021 03:10 PM
raxief replied at 7-9-2021 03:08 PM
rambut aku, bini aku tarah je pakai mesin.. set je level 2 ke 3, potong semua rata je  senang ...

Senang laa... Aku sapa nak tlg potong.. Dah 2 tahun aku x pi potong rambut.. Huhuhu
Quote raxief 7-9-2021 03:11 PM
sarah82 replied at 7-9-2021 03:10 PM
Senang laa... Aku sapa nak tlg potong.. Dah 2 tahun aku x pi potong rambut.. Huhuhu

cari le suami

semudah itu aku memberi cadangan
Quote sarah82 7-9-2021 03:13 PM
raxief replied at 7-9-2021 03:11 PM
cari le suami

semudah itu aku memberi cadangan

Muahahahaha.. Tgg sat... Aku tgh kenyit2 mata ni.. Muahahaha
Quote azimodin 7-9-2021 06:57 PM
Bukan ke agnezmoo ni sejenis religious juga, xkan senang2 nak tukar
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:17 PM
kat sana ateeee boleh kahwin lain agama
Quote sambaldurian 7-9-2021 08:20 PM
indonesia ni agama dia bersifat liberal - kahwin campur x tukar agama pun ada mcm mirdad dgn ibu bwg putih tu, sebelum bercerai. siap buat perjanjian klu anak laki agama islam, klu anak pmpuan agama kristian.
Quote Adrif 7-9-2021 08:42 PM
alesandra replied at 7-9-2021 02:11 PM
kenapa botak semulajadi?ada penyakit ke?

entah. memang dah stop tumbuh. muda lagi dah licin~nak kata keturunan, tak. aku sorang je botak dalam family, dan dalam kalangan saudara-mara.
bapak aku sampai ke tua lebat macam orang muda. abang aku pun sama, lebat. aku je botak licin.

aku tak kira, nak buat ujian DNA   mana tau anak angkat    

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039231 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top