CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tasik Kelima Terbesar Di Turki, Kini Tanah Gersang

7-9-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3084| Komen: 12

Turki – Tasik kelima terbesar di Turki yang merupakan sumber air semula jadi di wilayah Konya kini kering kontang akibat pemanasan global dan penurunan kekerapan hujan sepanjang tahun ini, lapor portal Hurriyet Daily News, semalam.


Tasik Aksehir yang seluar 54 kilometer per segi dan pernah mempunyai kedalaman air sehingga lima meter kini seperti padang jarak padang tekukur apabila sumber airnya mengering.

Bercakap kepada Agensi Berita Demiroren, ahli akademik Universiti Teknikal Konya, Tahir Nalbantcilar, memaklumkan terdapat lapisan tanah yang retak di tengah-tengah tasik itu.


Foto: Hurriyet Daily News

Tahir mengatakan salah satu faktor utama pengeringan tasik itu adalah disebabkan pemanasan global.


Namun begitu, terdapat juga kepincangan sistem penggunaan air bagi sektor pertanian di kawasan sekitar yang menyumbang kepada kejadian ini.

“Beberapa kolam air buatan manusia yang diwujudkan untuk tujuan pengairan ke tanah-tanah pertanian milik penduduk dengan benteng yang dibina di tebing sungai telah menyekat sumber air yang mengalir ke tasik ini.

“Sekiranya kerajaan tidak mengubah sistem penggunaan air semasa, mungkin kita perlu mengucapkan selamat tinggal kepada tasik itu buat selama-lamanya,” ujarnya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 7-9-2021 12:52 PM
banyak betul tasik dengan sungai kering tiba-tiba ni

dah sampai waktu tu ke. rasanya ada lagi berbaki 9 tahun lagi ni
Quote edayildiz 7-9-2021 12:59 PM
scary kalau jatuh dlm bulatan tu..
tanah gersang tu i tau tanah yg sgt kering kontang..tp perkatan tu byk mksd khenzz kalau letak pd ayat lain..saja jer jgn kecam
Quote harizs 7-9-2021 01:51 PM
tak payah sibuk dgn hal negara org. kita pun sama...sama kes dgn Tasik Pedu. beberapa kali dah kering kontang
Quote Guccibamboo 7-9-2021 02:18 PM
Insafi lah ayat terakhir drpd surah Al mulk...
Quote tikusmontok 7-9-2021 04:26 PM
Tasik chini apa kabar?
Quote tripleid 7-9-2021 04:55 PM
Tapi kalo ikut penyembah teori konspirashit,global warming ni cuma cerita rekaan NWO utk konker dunia jah..
Quote LadyCarefree 7-9-2021 06:10 PM
Adrif: banyak betul tasik dengan sungai kering tiba-tiba nidah sampai waktu tu ke. rasanya ada lagi berbaki 9 tahun lagi ni


Over centuries banyak je tasik atau sungai kering atau sebaliknya.
Quote kakikuDibibirmu 7-9-2021 06:43 PM
Manakala di Malaysia pula banyak andartu tandus kemarau lagi gersang, jarang jumpa yang banjir kilat
Quote 3480 7-9-2021 09:42 PM
Yg Aku tau retis laki turki byk ensem2
Quote jazaa100 7-9-2021 11:51 PM
3480 replied at 7-9-2021 09:42 PM
Yg Aku tau retis laki turki byk ensem2


Bali bey dlm cite magnificient century
Quote kuchibambam 8-9-2021 08:45 AM
jazaa100: Bali bey dlm cite magnificient century

Yup!!! Aummmsss sangat.
Quote nini_azmi 8-9-2021 09:12 AM
Bestnyeeerrrr p turki

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.034331 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top