Jenama jam tangan Buruj yang menjadi tular dipakai seorang menteri hanya dijual pada harga RM279 sahaja. Tinjauan MalaysiaGazette di laman stor jualan jenama itu mendapati harga asalnya adalah RM330 dan diberi diskaun 15 peratus, namun kini telah kehabisan stok.
burujshop.com adalah stor jualan yang menjual, mengedar dan memborong jam tangan waktu solat dan arah kiblat serta beberapa model jam tangan bercirikan Islam daripada beberapa jenama yang terkenal dalam pasaran. Buruj Watches mula menjalankan operasinya secara rasmi sejak 2013 dan sejak itu mula berkembang sehingga kini menjadi pengedar tunggal bagi beberapa jenama jam yang mempunyai teknologi waktu solat dan arah kiblat di Malaysia.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad terpaksa menjawab dakwaan Siti Kasim mengenai jam tangan yang dipakainya adalah jenama mewah Rolex. Naib Presiden Pas itu berkata, beliau sudah lama memakai jam tangan Buruj yang mempunyai kelebihan waktu solat dan arah kiblat. Sumber: MalaysiaGazette
|
mclaren replied at 7-9-2021 02:46 PM
Dia dah mintak maaf belum sebab fitnah?
edayildiz replied at 7-9-2021 02:50 PM
dah..dia dh mitk maaf dah
RatuDunia94 replied at 7-9-2021 08:12 PM
Masalah org kita "takut ketinggalan".. "mesti kena dapatkan juga benda ni sbb org lain pun ada"... k ...
ADVERTISEMENT