Sebuah gudang yang turut menempatkan lokasi stor simpanan Shopee musnah terbakar di Sunter Agung, Tanjung Priok, Jakarta Utara. Head of Public Affairs Shopee Indonesia, Radynal Nataprawira berkata, kebakaran tersebut berlaku pada 5 September lalu.
“Kebakaran berkemungkinan tidak memberi kesan terhadap barangan dimiliki pelanggan. “Proses menghantar barangan sudah dilakukan sebelum kebakaran terjadi pada sehari sebelum kejadian berlaku,” katanya seperti dilaporkan nkripost. Namun, menurut Radynal, ada sejumlah barangan yang terbakar dan pihaknya juga akan memastikan pihaknya bertanggungjawab melakukan proses ganti rugi.
Jelasnya, semua barangan yang terbakar sudah diinsurankan dan bayaran ganti rugi akan dilakukan. Sementara itu, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian untuk memastikan insiden sama tidak berulang di gudang yang lain. Untuk rekod, gudang tersebut terletak di kawasan seluas 220.000 meter persegi dan hanya 5 kilometer dari pelabuhan Tanjung Priok. Gudang ini terbahagi dalam beberapa blok dan blok C yang menempatkan stor Shopee yang terbakar. Sumber: Suara Merdeka
|
Eliadaisy83 replied at 7-9-2021 02:17 PM
Ada sape2 pernah beli barangan indon di shopee ka
edayildiz replied at 7-9-2021 02:14 PM
xpernah order brg dr indon..apa yg best eh?
innallilah warga indon
nononcrux replied at 7-9-2021 02:29 PM
barang indon ni lagi murah dari malaysia contohnya Marks & Spancer inner wear beza harga dgn malay ...
nononcrux replied at 7-9-2021 02:29 PM
barang indon ni lagi murah dari malaysia contohnya Marks & Spancer inner wear beza harga dgn malay ...
Eliadaisy83 replied at 7-9-2021 02:31 PM
macam mana nak beli..kt shopee ada ka
edayildiz replied at 7-9-2021 02:31 PM
yeke..beli kt shopee ke? i selalu beli kt hong kong..gitchu nk flex hihi..pasni blh try yindon pu ...
nononcrux replied at 7-9-2021 02:39 PM
ada, ship dari indon tu
ADVERTISEMENT