Ramai pelakon tanah air mengisi masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti bermanfaat bersama keluarga tercinta sama ada melakukan kebajikan amal, memasak bersama keluarga atau belajar mengaji.
Bercakap mengenai mengaji, pelakon Nabila Huda berkongsi rasa gembira apabila puteri kesayangannya bakal habis mengaji Iqra dan akan mengaji Al-Quran tidak lama lagi. Dipetik dari Instagram Nabila, ibu kepada Keisha Laila ini berkongsi berita gembira yang anak perempuannya itu bakal mengaji Al-Quran. Nabila meluahkan rasa gembira meski anaknya tidak pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain, namun pencapaian yang ditunjukan membuatkan Nabila bangga dengan puteri tunggalnya itu.
Melihat berita gembira yang dikongsikan Nabila di Instagramnya, ramai kenalan rapat mengucapkan tahniah dan mendoakan Nabila dan Keisha dipermudahkan urusan. Sumber: Murai
|
Nenasketum replied at 7-9-2021 03:53 PM
Ok la kot umor 11 tahun baru nak masuk Quran. Anak aku muda dari tu dah nak naik Quran, kitorang ril ...
ADVERTISEMENT