Seorang penjaga parkir di Bali, Indonesia didenda melakukan tekan tubi selepas ditahan memakai tempurung kelapa sebagai pengganti pelitup muka, lapor portal Coconuts, semalam.
Nengah Budiasa yang bekerja sebagai penjaga parkir di Denpasar menggunakan tempurung kelapa sebagai pelitup muka kerana mendapati ia lebih baik daripada membasuh pelitup muka seperti yang selalu dilakukannya. Menurut laporan Agensi Polis Awam Bali, tempurung kepala Nengah ditebuk lubang di tengah bagi memudahkannya untuk bernafas. “Kami memahami dia mungkin memilih tempurung kelapa kerana tidak mempunya bajet yang cukup untuk membeli pelitup muka pakai buang.
“Namun begitu, rakyat perlu diberitahu bahawa mana-mana pelitup muka yang tidak disaran oleh pemerintah tidak membantu dalam mengekang penularan Covid-19,” ujar Ketua Polis Denpasar, Dewa Anom Sayoga. Dewa turut memaklunkan bahawa polis telah memberikan Nengah bekalan pelitup muka pakai buang untuk memenuhi keperluannya semasa bekerja. Sumber: Kosmo
|
JohnyEnglish replied at 7-9-2021 10:42 PM
ADVERTISEMENT