CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mercedes Keluarkan Kereta Dikawal Dengan Minda

7-9-2021 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3519| Komen: 21

Syarikat pengeluar kereta terkenal dunia, Mercedes-Benz memperkenalkan prototaip kereta berteknologi tinggi yang mampu dikawal menggunakan minda, lapor akhbar The Sun, kelmarin.



Kredit foto: Slash Gear

Model Mercedes Vision AVTR adalah sebuah kereta sains fiksyen masa hadapan yang menggunakan kuasa elektrik dan dikawal melalui  otak pemandu.

Mercedes mempamerkan kereta itu di IAA Mobility di Jerman sepanjang minggu ini meskipun ia masih di peringkat permulaan atau konsep sahaja. 




Bahagian luar kereta dilengkapi ciri canggih dan futuristik, manakala bahagian dalam pula memberi aura  seolah-olah pemanduan di angkasa lepas.

Namun tumpuan utama adalah Mercedes menggunakannya untuk mempamerkan Brain Computer Interface atau BCI.

Meskipun boleh dikawal menggunakan minda pemandu, ia tidak bermakna otak anda yang akan memandu kereta itu  sepenuhnya.



Menurut kenyataan Mercedes, pemandu akan dapat menggunakan teknologi BCI untuk mengawal perkara asas yang tidak melibatkan pemanduan langsung.

Ini termasuk menukar stesen radio atau memilih warna pencahayaan  di dalam kereta itu.

Selain itu, Mercedes juga membayangkan sebuah kereta yang membenarkan pemandu memilih destinasi hanya menggunakan fikiran sahaja dalam tempoh beberapa puluh tahun akan datang.



“Mercedes-Benz telah meletakkan pengendalian kenderaan di satu tahap berbeza dalam penggabungan manusia dan mesin,” kata Britta Seeger dari Mercedes.

“Teknologi BCI berfungsi sepenuhnya bebas daripada ucapan dan sentuhan. Ini membuka ruang revolusi untuk interaksi intuitif manusia dengan kenderaan,”kata Eksekutif Perniagaan Mercedes-Benz, Britta Seeger.




Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 7-9-2021 10:47 PM
Klu tgh mabuk ttp la x blh memandu sbb otak tgh x btl
Quote Guccibamboo 7-9-2021 10:48 PM
So kalau bawak mcm org gile sah mesti org gile
Quote edayildiz 7-9-2021 10:48 PM
Mercedes juga membayangkan sebuah kereta yang membenarkan pemandu memilih destinasi hanya menggunakan fikiran sahaja dalam tempoh beberapa puluh tahun akan datang.

kalau tgh stress camno
Quote punchup 7-9-2021 10:49 PM
Kalau mood tgh tak tentu arah...jenuh nak sampai rumah
Quote Skuau 7-9-2021 10:52 PM
bahaya tuk orng yg suka/ada berselingkuh....
Quote abangbikerz 7-9-2021 10:56 PM
klu tgh sangap dah 2 bulan xjumpa bini camne?
Quote besi_kelabu 7-9-2021 10:57 PM
masa drive takleh sembang ngan orang tepi lah ye..
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 11:01 PM
matilanakkkk

jangan dok hon2 kete ni
mau tuan dia gitau kete benzy ni suruh langgar jeee kete yang dok hon2  tu
Quote insulin 7-9-2021 11:17 PM
edayildiz replied at 7-9-2021 10:48 PM
Mercedes juga membayangkan sebuah kereta yang membenarkan pemandu memilih destinasi hanya menggunaka ...

Drive laju pastu menjunam masuk tasik.
Quote Mulotkoyak 8-9-2021 01:00 AM
Ak hanya dpt bayangan sahaja membeli sambil mbawa kereta itu didalam mimpi...
Quote gideoncross 8-9-2021 01:10 AM
HAHAHAHA KOMEN2 KORG HAHAHAHA.
Quote gideoncross 8-9-2021 01:12 AM
besi_kelabu replied at 7-9-2021 10:57 PM
masa drive takleh sembang ngan orang tepi lah ye..

Yg ni pun iol stuju, slah sembang, hbis ko hahahaha.
Quote gideoncross 8-9-2021 01:13 AM
punchup replied at 7-9-2021 10:49 PM
Kalau mood tgh tak tentu arah...jenuh nak sampai rumah

Iol pun trfikirkn bnda yg sma hahahaha, klau fikiran tngh stress, mmg x smpai rumah or kmana2 yg d tuju hahahaha. Pstu dlm kreta x boleh bising, nnti lain plak tuju nya.
Quote Normabaru 8-9-2021 01:30 AM
bimer dua hari lps br kua kete Reimagine..now merc pulak..sian Daiyan..br beli coupe e300 dh kua model baru..mereput la ko pki kete teknologi zaman wau
Quote KamikuP 8-9-2021 12:52 PM
kalau otak kejap ok kejap biol macammana pulek?
Quote Tokeybundle 8-9-2021 02:13 PM
Mula2 rasa mcm bestnya.tp bila baca komen2 takutla plk
Quote manzilla 8-9-2021 02:23 PM
Kalau orang seat sebelah buat bj boleh sampai ke nirvana terus.
Quote tumpanglalu74 8-9-2021 02:32 PM
Takde ke?   

Quote AnBulisia 8-9-2021 02:58 PM
kalau tengok awek seksi tepi jalan
minda teransang
kereta akan jadi apa?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.389265 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top