CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertekan Tak Boleh Balik Kampung- Lelaki Maut Tumbuk Cermin Pintu Masjid

8-9-2021 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16496| Komen: 98

Johor Bahru: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan, di rumah sewanya di Taman Scientex dekat sini pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

Foto: Harian Metro

"Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah.

"Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.


Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kakak lelaki itu memberitahu bahawa adiknya yang juga jurutera kimia sebuah syarikat, dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu, sejak kira-kira enam bulan.

Katanya, polis menerima makluman mengenai lelaki itu pada kira-kira 7.35 pagi Ahad, dan mayat dirujuk ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk proses bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri, dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca. Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 8-9-2021 06:47 AM
kesian stress
Quote rospinki 8-9-2021 07:19 AM
Punya stress smpi mcm tu..menagalahkan kelly togok todi hari2 perangai.
Quote trexxxxxi 8-9-2021 07:56 AM
Innalillahi wainna ilaihirajiun
Kesiannya
Quote kyozsamurai 8-9-2021 07:59 AM
Nmpak mcm banyak darah kluar tu
Quote sukacactus 8-9-2021 08:06 AM
Salam takziah
Kesian dia, kalau sabar sikit tu katanya border negeri nak buka dah, katanya la
Quote edayildiz 8-9-2021 08:09 AM
Innalillahi wainna ilaihirajiun..ni bunuh diri jgk ke apa?
sygnya takkan sbb tu jer..msti ada sbb lain..takkan sbb xjmpa family..i pun xjmpa parents sthn lebih
smlm i dk borak ngn adik psl perempuan bunuh diri itew..pastu adik i dk keep ulang org bunuh diri akan ulang buat bnda sama sampai kiamat..then sheols ckp kt i.. sister,even u stress mcmana u jgn nk bunuh diri ke apa..blh pulak dia pesan gitu..jenuh nk explain ckp i bukan gitew..kalau gitu takde la i takut kobid
Quote midori_katana 8-9-2021 08:13 AM
kesiannya; stress!
Quote mclaren 8-9-2021 09:15 AM
Ni agaknya jenis yang sangat2 rapat dengan mak ayah ni. Ada orang jenis macam tu tak kira lelaki ke, perempuan.

Dah kenal 2 lelaki yang hari2 kena call mak / setiap minggu balik jumpa mak sebab memang jenis rapat sangat2.
Maybe tu kot mengundang depresi kat dia ni.

Bukan bunuh diri kan? Just mengamuk and maybe lost a lot of blood so died from excessive bleeding?
Quote bottombikini 8-9-2021 09:17 AM
sbb tu ada pepatah ikut rasa binasa..
kan dah tak dpt jumpa famili langsung
Quote matchstick 8-9-2021 09:18 AM
Dia ingt tumbuk cermin tu kesannye mcm citer Tamil ke.cermin pecah berderai tp tangan hero elok je boleh tumbuk 10 org lagi penjahat.
Ni urat tendon kaki pun putus dia tumbuk dan sepak cermin la kan. Byk betul darah tu. Kesian kt parent kt kmpg dpt berita mcm ni. Kata jurutera kimia. Kalau dh desperate sgt nk balik kmpg cuba la gi balai polis nun apply. Pandai2 la bg alasan, setakat nk balik kmpg sorang je senang sikit lps kot
Quote glump 8-9-2021 09:25 AM
Apa yg dia marah sangat sampai melepaskan geram Kat pintu tu ...ada kematian begini juga boleh dikata bunuh diri?
Quote novelloverzz 8-9-2021 10:11 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote AshkieLa 8-9-2021 10:13 AM
innalillah..
waris yg tinggal mesti lagi sedih asbab ko ngamuk ni sampai hilang nyawa
semoga tenang di alam abadi...
Quote Thunderclouds 8-9-2021 10:57 AM
Allahuakbar..baru 6 bulan xbalek kg. Belom 2-3tahun lg. Sian makpak dpt berita mcm ni. Silap2 antara ank harapan mak ayah. Engineer kn? Takziah.
Quote krustykrab 8-9-2021 11:10 AM
Takkn la sbb ni je kot.
Org lain elok je rentas negeri sb nk pulun bersenggama.
Quote 7doors 8-9-2021 11:10 AM
Ternyata kekuatan emosi ni bukan semua ada dalam diri manusia..x pandang kerjaya pun...mmg respect la pada yg masih mampu survived dengan tekanan hidup.
Quote Meiizu 8-9-2021 11:14 AM
Edited by Meiizu at 8-9-2021 11:16 AM
krustykrab replied at 8-9-2021 11:10 AM
Takkn la sbb ni je kot.
Org lain elok je rentas negeri sb nk pulun bersenggama.

true hahaha isu sama je duk ulang pasal balik kg. ada beza ke 'laki bini rentas tiap minggu' plak tu  dgn 'org nak jumpa parent mintak sekali je dlm thn ni' tapi tak boleh langsung
oh lupa..derita jaga anak sorang2 katanya
in term of movement control
it doesnt make sense at all
Quote any42 8-9-2021 11:19 AM
kesiannya kesian mak ayh hanya dpt tatap ank yg dh xbnyawa
Quote naina 8-9-2021 11:29 AM
Tapi kuat betol ya dia tumbuk. Memang padan la luka dalam terus ninggal. Cermin sliding tu tebal  kot. Kalau tak tebal takdanya nak dibuat sliding atau cermin dinding.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.143537 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top