Semarang: Polis menahan pasa-ngan kekasih yang melakukan jenayah ‘menjaja’ remaja bawah umur kepada lelaki ‘hidung belang’ dalam satu serbuan dekat sini baru-baru ini.
Detik melaporkan, pasangan tersebut, seorang lelaki berusia 19 tahun manakala kekasihnya berusia 16 tahun diberkas anggota Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA), Ibu pejabat Polis Wilayah Semarang. Ketua Polis Wilayah Semarang, Irwan Anwar berkata, suspek telah ‘menjaja’ tiga remaja setakat ini. “Mereka berdua membeli dan menjual anak di bawah umur. Mangsa berusia 14, 15 dan 16 tahun,” katanya. Menurut beliau, modus ope-randi dilakukan adalah dengan mencari mangsa melalui media sosial dan penawaran kerja.
“Kemudian si lelaki mencarikan pelanggan dan menemukan mereka di hotel. Jadi, modus operandi pelaku adalah menghubungi mangsa dan menawarkannya ‘kerja’. “Mereka melakukannya di sebuah hotel di Jalan Majapahit,” katanya. Kegiatan pasangan kekasih itu terbongkar ketika salah seorang ibu mang-sa mencari anaknya yang tidak pulang ke rumah. Menurut Irwan, si ibu melaporkan perkara itu kepada polis. Pada 1 September lalu, dia mene-mukan anaknya di sebuah hotel. “Penangkapan ini berdasarkan kepada laporan ibu mang-sa kepada polis bahawa anak perempuannya belum pulang selama tiga minggu. Daripada maklumat dan siasatan polis, diketahui mangsa telah bekerja sebagai pelacur melalui aplikasi pesanan,” katanya. Sementara itu, menurut pe-ngakuan suspek, dia mendapat upah 50,000 rupiah setiap kali remaja di bawah umur yang dibawanya melayani pelanggan. “Sekitar 100,000 hingga 250,000 rupiah. Saya mendapat 50,000 rupiah (upah). Teman wanita saya yang mencari mang-sa. Ini adalah hotel baru kali ini, sebelumnya di rumah tumpa-ngan,” katanya.-CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT