CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahun Ini Genap 20 Tahun Peristiwa 9/11- "Semuanya Palsu"

8-9-2021 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5107| Komen: 34

Washington: Tahun ini genap 20 tahun berlakunya serangan ke atas bangunan Pusat Daga-ngan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS) yang me-ngorbankan lebih 3,000 nyawa.


Serangan pada 11 September 2001 itu turut menggemparkan Pentagon apabila sebuah pesawat menghentam ‘kota pertahanan’ utama AS itu selain sebuah lagi terhempas di Pennsylvania.

Namun bagi Heather Bauer, jauh di sudut hatinya, ulang tahun 9/11 kali ini adalah ‘lain daripada yang lain’ yang dirasainya.

Menurutnya, peristiwa itu bukannya berkaitan ‘tumbangnya’ menara berkembar WTC atau jatuhnya pesawat di Pentagon serta di Pennsylvania.


Foto: AFP

Daripada versi yang diterima – bahawa al-Qaeda melakukan serangan itu – dia sendiri percaya kerajaan AS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku.


Itulah antara ‘kepalsuan’ yang ‘dipromosikan’ di pelbagai acara memperingati ulang tahun ke-20 peristiwa 11 September.

“Saya mempersoalkan semuanya sekarang,” katanya.

Menurut Bauer, perkara itu termasuk Covid-19 yang beliau sendiri tidak mempercayainya.

Bauer, seorang suri rumah di Wisconsin, berusia 14 tahun ketika serangan 11 September berlaku.

Beliau mempercayai ‘jalan cerita’ itu selama bertahun-tahun tetapi selepas mempercayai teori konspirasi QAnon, Bauer kembali melihat kisah 9/11.

Bauer ketika ini berpendapat serangan itu disusun untuk ‘menghalalkan’ perang di Iraq yang berlaku pada 2003.

Bauer merupakan ‘penganut’ setia pergerakan konspirasi 9/11 dengan anggotanya selalu membincangkan mengenai bukti runtuhnya bangunan WTC.

Menurut mereka, WTC runtuh bukannya disebabkan serangan pesawat tetapi isu teknikal lain.

‘NEGARA KONSPIRASI’
Bauer turut mendedahkan pergerakan yang dianggotainya turut membincangkan asal-usul Covid-19 dan vaksin.

Edisi ke-17 ‘Festival Filem Kebenaran 9/11’ yang akan berlangsung di Oakland, California dan disiarkan secara dalam talian, memaparkan dua dokumentari yang berkaitan dengan pandemik, termasuk ‘plandemic’, sebuah dokumentari yang membongkar ‘kepalsuan mengenai virus’.

Carol Brouillet, penganjur acara dan pengasas Northern California 9/11 Truth Alliance, berkata: “Terlalu banyak yang mahu didedahkan.”

Menurutnya, jumlah kan-dungan kebenaran di sebalik 9/11 sangat besar.

Salah seorang panel unda-ngan, Ken Jenkins sendiri telah menghasilkan puluhan video berkaitan 9/11.

Jelasnya, teori konspirasi 9/11 adalah yang pertama mendapat perhatian melalui akses internet termasuk mengenai pembunuhan John F. Kennedy dan ekspedisi mendarat di bulan.

“Amerika adalah negara konspirasi yang unik,” kata Garrett Graff, seorang wartawan dan pengarang buku mengenai perkara itu.

Dengan adanya internet, katanya, teori kebenaran 9/11 dapat mencapai jangkauan yang lebih besar dan cepat daripada konspirasi sebelumnya.

‘DARI ANTRAKS KEPADA PANDEMIK’
Graff berkata, konspirasi 9/11 tiba pada saat yang tepat di mana media sosial dan media dalam talian seperti YouTube memboleh-kan sesiapa sahaja ‘menyebarkan idea’ dengan cara yang luas.

Seperti kumpulan Brouillet, Jawatankuasa Peguam untuk Inkuiri 9/11 yang akan bersidang sempena ulang tahun ke-20 peris-tiwa itu selain membincangkan mengenai Covid-19.

Acara dinamakan ‘From 9/11-Anthrax to the pandemic’ itu merujuk kepada surat-surat yang mengandungi racun yang dihantar kepada wartawan dan ahli politik pada September 2001.

Bagi Mick Harrison, seorang peguam di Indiana, hubungan antara antraks pada 2001 dan virus Covid-19 pada hari ini sangat jelas.

“Kerana kami meneliti sejarah AS mengenai senjata biologi untuk kes antraks, kami sekarang bimbang mungkin ada ‘masalah yang berterusan’ dengan penggunaan senjata biologi di negara ini,” kata Harrison.

Ketika ditanya mengenai mengapa mereka berjuang untuk menidakkan naratif berusia 20 tahun yang sudah disahkan, Bauer dan Harrison, kedua-duanya mengatakan mereka melihatnya sebagai tugas sebagai seorang rakyat.

“Saya berusaha menjadikan negara ini lebih baik dengan menjadikan pemerintahannya lebih demokratik, lebih bertanggungjawab, lebih telus.

“9/11 adalah masalah besar dalam hal itu, kerana kami masih tidak mengetahui kebenaran tentang apa yang terjadi,” jelas Harrison. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 8-9-2021 08:37 AM
Ko bodoh dik senjata antrax ada di hantar dari luar depa thau dari siapa ... Akak ini lagi mahu post result exam kepada tok dan tok wan at that time.. Surat tidak pernah sampai ke malaysia...

Dan juga bodoh CIA...
Quote trexxxxxi 8-9-2021 08:41 AM
Meol masih hingusan ketika kejadian berlaku
Cepat benar masa berlalu
Quote clueless_gamer 8-9-2021 09:08 AM
Dwdrum replied at 8-9-2021 08:37 AM
Ko bodoh dik senjata antrax ada di hantar dari luar depa thau dari siapa ... Akak ini lagi mahu post ...

hi sis

boleh tak sis share ur own opinion on this issue? i'm neutral here

sis rasa ade conspiracy behind or mmg ade reroorist yg pi langar?

tq
Quote Thunderclouds 8-9-2021 09:27 AM
Once dh biasa manipulate facts @ events either utk kpentingn sendri/umum @ xnk crowd panic wpun ngn niat elok/tak, lama2 masyarakat akn hilang kepercayaan ngn authority.
Quote AbukRokok 8-9-2021 10:49 AM
mana ada teori kebenaran
tu semua teori konspirasi
911 mmg disebabkan pengganas arab osama bin laden dan taliban dan saddam hussein
memandu pesawat langgar WTC dan pentagon is real
osama bin laden is real gays
amerika adalah mangsa is real
Quote Acikgomen 8-9-2021 11:02 AM
trexxxxxi replied at 8-9-2021 08:41 AM
Meol masih hingusan ketika kejadian berlaku
Cepat benar masa berlalu

Acik tgh cikchur kat Phuket dgn geng ofis time ni
Pepagi breakfast kat htl baca sotkabar je zaman tu
Henpon mahai namampos Nokia butterfly 8250 setakat boleh call sms dgn main game ular
Quote jiwasemangat 8-9-2021 11:11 AM
..masa tu iolss masih tinggal kat flet pprt..atas sekali
Quote tumpanglalu74 8-9-2021 11:18 AM
Atok jadi piyem balek pehtu letopkan KLCC ala2 gile isim cam Bush..
Quote zorrro_03 8-9-2021 12:52 PM
banyak lagi benda lain yang direka zionis utk menghalalkan segala perlakuan busuk mereka.  

tapi bagi kami orang2 Islam, zionis laknat merancang kejahatan.  Dah Allah sebaik2 perancang dalam segala perjalanan hidup setiap makhluk.  zionis laknat nak buat apa pun lantaklah.  kami ada Allah.  tu je.
Quote edayildiz 8-9-2021 12:55 PM
masa kejadian ni i baby lg..tgk kt tv jer..xfhm pape
Quote becir 8-9-2021 01:12 PM
I sorang je ke bosan ngan 9/11 ni? Everytime date ni datang perlu ke satu dunia kena ingat and bersedih ngan USA?
Quote tripleid 8-9-2021 01:38 PM
Edited by tripleid at 8-9-2021 01:40 PM

Taliban bodoh ingat kalo runtuhkan wtc tu,ekonomi amerika hancur..yer lah dah nama pun WORLD TRADE CENTER kann...dorg ingat segala trade n finance dlm dunia ni berpusat kat situ..walhal wtc tu stakat opis building biasa jah pun sama mcm opis2 building yg lain..sama gak kalo runtuh PWTC kat KL ni,x bengkerap pun ekonomi Msia dekk
Quote RatuDunia94 8-9-2021 01:47 PM
Iols tgh dlm kereta yer masa kejadian duduk kat seat belakang. Ingat lg pukul 9 malam gitu tiba2 radio bgtahu ada kapal terbang melanggar bangunan kat us. Pastu pukul 10 berita lg ckp amerika diserang pengganas.
Quote KamikuP 8-9-2021 03:33 PM
Masa tu kalau main saham boleh lagi buat 'short selling'. Ada mamat ni jual dulu  share (harga tingi), pastu harga saham pun jatuh menjunam. mamt ni beli balik pada harga rendah on the same day. So bila setoff/kontra mamat ni untung berjuta2. Skrg khabarnya ada di Spore. Lps kejadian ni lah 'short selling' tak dibenarkan lagik.. huhuhu
Quote makadek 8-9-2021 05:12 PM
Tgh sarat nandung ank pertama
Tgk2 kt tb ada katerbang langgor bangunan
Blur la gak kan apo
Quote dani-rox 8-9-2021 05:51 PM
ai tgh study lg masa nih. mlm tu baru balik dari library, mcm biasa pasang radio... dengar berita, WTC kena langgar kapal terbang.
Quote dani-rox 8-9-2021 05:58 PM
becir replied at 8-9-2021 01:12 PM
I sorang je ke bosan ngan 9/11 ni? Everytime date ni datang perlu ke satu dunia kena ingat and berse ...

samalah kita sis... bukan kita tak simpati tp kalau tetiap tahun, dah mcm sambutan sedunia - dgn tv pun tayangkan dokumentari subjek yg sama, ulang2 sampai AJM... haruslah mengundang eyes roll jua. abis tu yg mati akibat keganasan kat tempat2 lain tak signifikan kah? bagaimana dgn budak2 kecik afghanistan yg mati bergelimpangan ditangisi makpak dia org? kes mh17 takda ke yg nak buat special tv shows?

kematian rakyat 1st world countries = tragedy

kematian rakyat negara dunia ke-3 dan miskin = statistik
Quote gbam 8-9-2021 06:13 PM
katanya biden nak de-classify beberapa dokumen berkenaan 9/11 setelah ribuan ahli keluarga mangsa 9/11 demand beberapa dokumen dibuka atau mereka memboikot upacara sambutan sempena 20 tahun. betul ke ni atau gimik ja.
Quote gbam 8-9-2021 06:27 PM
bekas president itali, francesco cossiga mendedahkan 9/11 dilakukan oleh CIA dan Mossads, seramai 26 orang terlibat, semuanya yahudi, dan perkara ini diketahui oleh agensi perisikan di seluruh dunia

https://www.henrymakow.com/2019/ ... -11-a-whos-who.html

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.130666 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top