Sitkom ikonik yang pernah menjadi fenomena era 1990-an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dikhabarkan mula dapat ditonton ramai menerusi platform penstriman, Netflix pada 30 Oktober depan.
Bagaimanapun, anak kepada pengarah dan penerbit naskhah tersebut, Othman Hafsham iaitu Sharmaine Othman meluahkan rasa tidak puas hati apabila bapanya tidak dibayar satu sen langsung meskipun berperanan sebagai sutradara naskhah yang begitu dekat dengan kebanyakan rakyat Malaysia itu. “Untuk pengetahuan kalian, bapa aku tak dapat satu sen. TV3 pegang hak sepenuhnya. Malangnya, itulah yang telah dipraktikkan sejak lama dahulu,” katanya dalam beberapa ciapan Twitter. Netizen menyarankan agar Shamaine yang juga berkerjaya sebagai seorang anak seni menyalurkan suaranya kepada pihak Netflix atas ketidakadilan perkara tersebut.
“Tolong salurkan suara anda kepada Netflix. Dave Chapelle (pelawak antarabangsa) juga berdepan situasi sama sebelum ini. Chappelle’s Show dimiliki oleh ‘comedy central’ dan Netflix kemudian bertindak memadamnya dari platform tersebut kerana Dave tidak mendapat sebarang keuntungan,” saran seorang netizen. Balas Sharmaine: “Terima kasih kerana memberi peringatan ini kepada saya. Akan cakap dengan bapa saya (Othman Hafsham). Saya tahu dia berasa sangat gembira kerana siri ini akan ditayangkan kepada audiens yang ramai tapi perkara ini harus mendapat pertimbangan.” Difahamkan, hak royalti dan pemilikan sitkom yang menceritakan mengenai kehidupan seharian penduduk di Flat Seri Wangi tersebut dipegang sepenuhnya oleh syarikat gergasi televisyen tanah air, TV3. Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang sinonim dengan karakter-karakter ikonik bersifat muhibah seperti Budin yang dilakonkan Imuda, Pak Uda (Allahyarham Zami Ismail), Pak Busu (Allahyarham Ahmad Busu), Sathiya (Sathia Periasamay) dan Lucy (Angeline Tan) ditayangkan dari tahun 1985 hingga 2004. Dalam pada itu, satu lagi sitkom kesayangan rakyat Malaysia, Spanar Jaya dijadualkan akan tiba dalam Netflix pada 15 September sementara Spanar Jaya X pula pada 30 September. -CARI Sumber: Kosmo
|
Orix replied at 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swi ...
Orix replied at 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swi ...
Orix replied at 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swi ...
anony-mous replied at 9-9-2021 09:46 AM
Apa kes taylor swift tu? Kalau taytay, i sggup angkat sepanduk
Wakefield replied at 9-9-2021 10:38 AM
Kesian TS tu. Masters dia 2x orang jual beli. Usaha dia, tapi hasil orang lain yang dapat.
Orix replied at 9-9-2021 11:15 AM
Haiyoh. Taktahu ke taytay record balik semua album dia
beta_carotene replied at 9-9-2021 11:45 AM
mse dia sign kontrak tu xtau lak ada such things as netflix ni khuenss
agaknya klausa kontrak simpl ...
TeropongThaico replied at 9-9-2021 11:35 AM
Uncle OH ni dgn yg lelain kli tak salah semua makan gaji je kan bawah tv tu. Dah deme sain agreement ...
dudaberhias replied at 9-9-2021 09:54 AM
memang tak payah berharap la dengan royalti... sebabnya media prima tu pun dah nak bungkus... dah be ...
Orix replied at 9-9-2021 09:36 AM
Sama la jugak dgan cite2 p ramlee dekkkk.. dh apak kau yg setuju sign kontrak sebegitu…. Taylor swi ...
dino replied at 9-9-2021 04:17 AM
dah kontrak asal mcm tu
mcm brp kali tyg, rerun.. boleh jual blk ke apo.
ADVERTISEMENT