Seorang lelaki di Hull, Britain mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka membeli stokin kotor dan busuk untuk dijadikan koleksi peribadi, lapor laman berita Wionews, semalam.
Lelaki yang dikenali sebagai D, 33, sanggup berbelanja sekitar £200 (RM1,145) setiap bulan untuk membeli stokin terpakai, kotor atau lama. Ahli perniagaan itu menggelarkan dirinya penggemar obsesi terhadap kaki yang memiliki hobi membeli stokin busuk dan mengagumi kaki orang yang kotor. Menurut D, dia akan menghantar mesej kepada pengguna media sosial secara rawak dan memberi mereka peluang untuk menjana wang dengan menjual stokin kotor yang tidak dicuci dan tidak bersih.
Dia juga menganggap dirinya sebagai lelaki normal dan berpendapat bahawa hobi itu sama sekali tidak berbahaya. Selain gemar membeli stokin kotor, D juga sanggup membayar wang tunai kepada golongan wanita berusia 21 hingga 38 tahun untuk merakam video kaki mereka yang kotor dan dijual kepadanya pada harga £30 (RM171) setiap satu. Dia turut mendedahkan bahawa akan mencium dan menjilat koleksi stokin busuknya sekali sekala sebagai satu kepuasan. -CARI Sumber: Kosmo
|
edayildiz: jijikz nya..kt china dulu ada kes gini pastu peparu heols ditimbuhi kulat/ cendawantp mmg ada yg suka hidu bau pelik..mcm petrol,cat,kertas,ar ...
intan244 replied at 9-9-2021 02:38 PM
saya pon suka bau petrol dgn cat. tp petrol skrg mcm dah xde bau ek. masa kecik dulu mesti bukak ...
edayildiz replied at 9-9-2021 02:08 PM
jijikz nya..kt china dulu ada kes gini pastu peparu heols ditimbuhi kulat/ cendawan
tp mm ...
any42 replied at 10-9-2021 02:50 AM
tgk gmbar stokin kotor tu je pun dah rsa nk tmuntah canne laki ni bleh cium & jilat.
i suka ba ...
any42 replied at 10-9-2021 02:50 AM
tgk gmbar stokin kotor tu je pun dah rsa nk tmuntah canne laki ni bleh cium & jilat.
i suka ba ...
ADVERTISEMENT