Hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari polis bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya.
“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan Twitternya. Beliau berkata demikian susulan program perintis pelancongan gelembung pelancongan Langkawi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Kementerian Kesihatan juga mengingatkan semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi, Kedah di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Pada 9 September lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara termasuk dari negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh mengunjungi Pulau Langkawi mulai 16 September ini. Sumber: MalaysiaGazette
|
upper_case replied at 12-9-2021 03:56 PM
Eh nape DG & KJ yg announce benda ni.. err.. bukan ke patut menteri berkaitan.. errr errr
Perawankota replied at 12-9-2021 06:42 PM
Mesti ramai yg tak sabar nak p.. Takperlah.. Aku lepak2 je dulu.. Tak sanggup eh nak bersesak2 dgn r ...
kalchi replied at 13-9-2021 04:18 PM
24 return uols. Tu yg semua menggelupor. Pastu sume rasa selamat sbb dah vaksin dua kali, tu yg ta ...
ADVERTISEMENT