Seorang pengantin lelaki di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila secara tiba-tiba memeluk dan mencium bekas kekasih yang hadir ke majlis perkahwinannnya, lapor Suara.com.
Aksinya menjadi tular selepas rakaman majlis perkahwinan di Sulawesi Selatan itu dimuat naik di media sosial. “Katanya, si lelaki belum mampu melupakan mantan kekasihnya dan tidak mampu mengawal perasaan melihat wanita itu di majlis perkahwinannya,” tulis keterangan video. Menerusi paparan video,lelaki yang lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau menerpa ke arah seorang wanita dipercayai bekas teman wanitanya yang sedang menyanyi karaoke.
Dia bertindak memeluk dan mencium wanita itu di hadapan semua tetamu yang terkejut melihat kejadian itu. Perbuatan pengantin lelaki itu mengundang rasa meluat netizen yang berasa kasihan pada isteri lelaki tersebut.
|
virgo19 replied at 13-9-2021 04:24 PM
Baca tajuk je dah agak mesti kat indon
ADVERTISEMENT