CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Seminggu Nikah, Dah Dapat Madu

14-9-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5610| Komen: 31

Seorang pemuda di wilayah Sumatera Selatan menjadi sensasi di Internet selepas didakwa mengahwini dua wanita secara serentak, lapor laman berita Suara.com kelmarin. 


Pemuda itu yang dikenali sebagai Jek, 24, berkata, tindakannya untuk berpoligami sebenarnya tidak dirancang kerana dia hanya menurut kehendak datuk dan neneknya. 

Menurutnya, ketika dia pulang ke kampung untuk bercuti baru-baru ini, datuk dan neneknya memperkenalkan dia dengan keluarga isteri pertamanya, Linda.


Jek diapit oleh kedua-dua isterinya dalam majlis perkahwinannya bersama Vivian. – Sumseuldate

“Kedua-dua keluarga bersetuju agar kami berkenalan. 

“Sebagai seorang cucu yang baik dan berniat untuk membahagiakan kedua-dua buah keluarga, saya menuruti permintaan mereka untuk berkahwin dengan Linda pada Ogos lepas,” katanya. 

Meskipun begitu, Jek mengaku bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai gadis pilihan yang dicintainya sejak dua bulan lalu. 

Katanya, dia mengenali gadis tersebut, Vivian, ketika baru tiba di kampung datuk dan neneknya. 

“Saya terlebih dahulu jatuh cinta pada Vivian dan saya tetap ingin berkahwin dengannya kerana rasa cinta yang tulus.

“Justeru, saya bersikap jujur dan menceritakan perkara itu kepada Linda kerana enggan berselindung daripadanya. 

“Saya memberitahu Linda bahawa saya ingin mengahwini Vivian,” ujar Jek. 

Tambahnya, dia turut mengakui bahawa sanggup menceraikan Linda yang ketika itu baru saja dinikahinya selama seminggu sekiranya wanita itu enggan membenarkan dia berkahwin dengan Vivian. 

Isteri pertamanya akhirnya bersetuju dan memberi keizinan kepada Jek untuk berkahwin dengan kekasih hatinya.

“Perkahwinan kami hanya selang enam hari. Ketika majlis perkahwinan bersama Vivian, pihak keluarga meminta Linda memakai kembali pakaian pengantin agar dia turut berasa bahagia. 

“Disebabkan itu, terdapat gambar tular yang mengatakan bahawa saya bernikah dengan dua wanita sekali gus, sedangkan jarak perkahwinan kedua-duanya adalah selang seminggu,” ulas Jek.

Menurut lelaki itu, sebagai suami, dia berjanji akan bersikap adil kepada kedua-dua isterinya.

“Saya mencintai kedua-duanya dan berharap dapat berlaku adil,” katanya.


Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-9-2021 01:46 PM
Sama je muka isteri pertama & kedua
Quote gummiebear 14-9-2021 01:57 PM
Muka yisteris dedua ada senyum, suami pulak cam kena paksa kawen
Quote CiliPadiSedap 14-9-2021 02:11 PM
friska yang mana satu?
Quote SedihPedih 14-9-2021 02:16 PM
org ado2 kot?

boleh provide utk 2 isteri secukupnya..

asal citer mcm ni mesti from indo..

tukar modus operandi pls..
Quote Friska 14-9-2021 02:16 PM

Saking obsesif Kakak sama saya, kemana-mana catut nama saya ya.
Quote CiliPadiSedap 14-9-2021 02:31 PM
Friska replied at 14-9-2021 02:16 PM
Saking obsesif Kakak sama saya, kemana-mana catut nama saya ya.

kau fikir nama kau sorang friska kat dunia?tolong jgn perasan bibik perosak rumah tangga wanita malaysia
Quote Mini.Me 14-9-2021 02:45 PM
Duit manyak kaa? Umornya muda lagik mcm tak byk pengalaman hidup jerr lg
Quote JohnyEnglish 14-9-2021 03:22 PM
Patutlah ummah Indon kemain padat sampai melimpah ke negara jiran.baru umur 24 sudah 2 isterinya dan kes mcm ni bkn kes terpencil
Quote b_n_c 14-9-2021 03:35 PM
Friska replied at 14-9-2021 02:16 PM
Saking obsesif Kakak sama saya, kemana-mana catut nama saya ya.

alang2 awak mengkomen kt cni, dan saya plak tiba2 rajin nak menaip, saya nak tanya lah soalan yg lama bermsin di otak..

kenapa selalu ada video indonesja yg pengantin kena paksa kawin, menangis2 sampai pengsan, pastu ada ex yg pegi kenduri peluk2 cium2 dengan ex yg tengah bersanding?

pastu kes nikah serentak pun mcm selalu je baca...

kenapa ye?
mmg adat atau tahap pemikiran?

ni soalan serius bkn nganjing..
Quote I.K.A888990 14-9-2021 03:40 PM
bagusla nk berlaku adil
jgn gado mlm2 sudah
Quote 3chanceno 14-9-2021 03:42 PM
Muka laki kejung & stres

Mulanya laki cinta istri yg no.2, tapi dah nikah, cepat jugak laki dah cintai dua2 istrinya
Quote kakigojes 14-9-2021 03:43 PM
Bodoh punya laki… mula2 kata sebagai cucu yang baik & nak bahagiakan dua keluarga, sanggup kahwin dengan Linda. Pastu ugut Linda kata kalau tak sudi bermadu dengan Vivian, jatuh talak.. of course la si Linda tu nak madu, jatuh air muka kalau seminggu kawin then bercerai…

Haih apa2pun, semoga berbahagia ke akhir hayat. Get a life
Quote edayildiz 14-9-2021 03:56 PM
linda lg lawo dari vivian
baiknya linda ni..kalau kt malaysia ni takkan jd gini..kena tumbuk terus shuben

catut tu apa? petik ke kak friskies
Quote trexxxxxi 14-9-2021 04:12 PM
Soklan kurang cerdik meol tapi logik disoal (mbak friskie jangan kecil hati ya?)

Depa muda2 kwen ramai siap poli bagai ni ada duit ka?
Asik bgt news mcm ni kuaq

Moga tak dikata buli ibu mengandung
Quote TomyamPuteh 14-9-2021 04:26 PM
Lepas ni blh la bini2 tu claim buri*t sapa yg terpaling sedap
Quote Suchi 14-9-2021 05:04 PM

“Saya mencintai kedua-duanya dan berharap dapat berlaku adil,” katanya.

bohong!

1) kalau  cintakan vivian takkan kawen ngn linda sbb nk turuti suruhan kakek.
Bgtau saja saya sudah ada cewek.
Kalau dihalangi kawen la lari

2) kalau betul2 cintakan linda idokla gamak nk nikah lagi lepas baru seminggu kawen.

So ko cuma cintakan diri sendiri!
Quote imanjannah 14-9-2021 05:13 PM
cerita begini mmg byk di tanah leluhur
Quote kitmal9545 14-9-2021 06:06 PM
Faktor sosial dan budaya ..rasanya kat sini susah diterima
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 07:04 PM
payung emasssss payung intan berlian di sorgaaaaaa
ya ampunnnnnn

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.041985 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top