Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat tegas dengan pasukan bola sepak miliknya, Johor Darul Ta'zim (JDT). Justeru, baginda menetapkan undang-undang dan polisi untuk pemain bagi memastikan mereka sentiasa beretika dan disiplin dalam pasukan.
Bukan main-main, malah datang lewat ke latihan juga boleh didenda RM15,000! Dalam temu bual bersama rancangan Bola@Mamak Istimewa yang dipetik Astro Arena, TMJ memaklumkan setiap kesalahan ada denda tertentu bakal dikenakan.
“Tatatertib di sini pun, macam contoh kalau awak salah guna media sosial, denda RM40 ribu. Yes, RM40 ribu dalam kontrak. Kalau awak salah gunakan media sosial, kalau awak salah etika kerja. Kita ada etika dan awak akan didenda. “Kalau training lewat ke, macam contoh datang lewat training denda RM15 ribu. So takde main-main dalam cerita JDT dan player pernah tak silap saya Akhyar Rashid pernah lambat sekali, kena bayar denda. “Bila bini salah guna media sosial pun saya denda player. Kalau bini dia tak boleh kawal, salah gunakan media sosial, yang boleh mencemarkan nama kelab ataupun apa-apa, player masih kena denda. Ini undang-undang dan polisi kelab. “Kalau gaji tak cukup, hutang. Jurulatih lambat pun kena denda. Jurulatih kena ada dua jam sebelum training," katanya. Safiq Rahim yang turut dijemput bersama dalam rancangan itu juga mengakui pernah membayar denda RM15,000 kerana lewat ke sesi latihan. "Siapa suruh kau datang lambat,” balas TMJ. Di ruangan komen, ada juga yang berseloroh memetik nama Aidil Zafuan yang tidak pernah menjaja cerita bekas isteri di laman sosial. Rata-rata warganet bersetuju dengan cara TMJ menangani masalah disiplin pemain. - CARI
|
KIM.K: Sepatutnya masuk kelas public speaking dgn news professionals.Bukan susah pun fluent macam atok.Level2 english for some royalties masih tahap harith n ...
imransulaiman replied at 14-9-2021 08:37 PM
Tak lawan kerabat Brunei. Berucap very convincing dan nampak educated {:good
matjerk replied at 14-9-2021 01:37 PM
Kelihatan so anoyying. Sambil bgtau denda... sambil ketawa. Bila pengacara tu kata tp BERAS KITA BEL ...
doubleharmonic replied at 14-9-2021 11:30 PM
so pemain dengan bini je lah yang salah guna media sosial? yang suruh terjun klcc tak dikira salah g ...
ADVERTISEMENT