Remaja perempuan berusia 19 tahun dihalang masuk ke dewan peperiksaan di bandar Tezpur, Assam, India kerana memakai seluar pendek. India Times melaporkan Jublee Tamuli hadir untuk menduduki ujian kemasukan ke Universiti Pertanian Assam (AAU).
Jublee menyifatkannya sebagai pengalaman paling memalukan. Difahamkan, Jublee bersama bapanya bertolak dari kampung halaman mereka di Biswanath Chariali ke Tezpur yang jaraknya sejauh 70 kilometer (km) pada waktu pagi untuk tiba tepat pada waktunya. Menurut Jublee, dia pada awalnya tidak berdepan halangan memasuki Institut Farmaseutikal Sains Girijananda Chowdhury (GIPS), tetapi masalah berlaku selepas dia masuk ke dewan peperiksaan. "Pengawal keselamatan membenarkan saya memasuki premis, tetapi saya ditahan pengawas di dewan peperiksaan. Dia tidak benarkan saya masuk dengan memakai seluar pendek," kata Jublee kepada The Indian Express.
Menurutnya, pengawas peperiksaan memberitahunya bahawa dia dapat menduduki ujian jika hadir semula dengan memakai seluar panjang. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang menunggu di luar pusat pemeriksaan bergegas ke pasar raya. Sementara menunggu bapanya tiba, Jublee diberi langsir untuk menutup kakinya dan mengambil peperiksaan. Apa yang berlaku menyebabkan Jublee berasa tidak senang dengan setiap individu yang ada di zon selesa dan hairan mengapa tiada mempersoalkan lelaki memakai rompi. "Beberapa lelaki berkeliaran di tempat awam dan tidak ada yang mempersoalkannya. Jika seorang gadis memakai seluar pendek, ada saja orang menuding jari," tambahnya. Jublee berkata, pas masuk ke dewan peperiksaan tidak menyatakan adanya etika berpakaian. "Beberapa hari yang lalu, saya muncul untuk ujian lain di bandar sama, memakai pakaian sama tetapi tidak ada apa yang berlaku. "AAU tiada peraturan mengenai seluar pendek dan tidak dinyatakan dalam pas masuk. Jadi, bagaimana saya maklum mengenai peraturan itu?" soalnya. Susulan insiden berkenaan, Jublee merancang untuk menulis surat kepada Menteri Pendidikan Assam dan memberitahunya maklumat kejadian itu. Sumber: Harian Metro
|
Rayna90 replied at 20-9-2021 03:04 PM
Teringat masa sekolah menengah. Classmate aku pakai pinafore pastu ustazah suruh pakai whole set tel ...
becir replied at 21-9-2021 02:24 PM
Zaman Tu mmg Kan, ustazah purposely tarik budak2 melayu pakai pinafore pastu malukan diaorg depan ...
ADVERTISEMENT