Sebuah video yang dipaparkan sebuah produksi antarabangsa, Food Insider mendapat kritikan daripada netizen Malaysia. Semuanya gara-gara video yang mempromosi sebuah kedai kopi atau kopitiam di New York milik pasangan lesbian dari negara ini.
Dalam video bertajuk Why New Yorkers love this Malaysian café yang dikongsi di Twitter itu, pemilik kedai berkenaan, Kyo Pang berasal dari Pulau Pinang mendakwa dirinya terpaksa menjadi pelarian di Amerika disebabkan orientasi seksnya. Kyo Pang mendakwa, dia tidak dapat berjumpa dengan keluarganya di Malaysia selama 11 tahun. Menurut produksi itu, Kyo Pang yang datang ke Amerika Syarikat untuk belajar pada tahun 2008 terpaksa mendapatkan perlindungan di negara tersebut kerana dia boleh dihukum kerana mengamalkan lesbian. Rakan kongsinya, Moonlynn Tasyi yang juga seorang lesbian mendakwa, golongan LGBTQ di Malaysia berhadapan hukuman gantung kerana mengamalkan orientasi seks songsang berkenaan.
“Di Malaysia, anda boleh digantung kerana mengamalkan LGBTQ,” kata Moonlynn Tasyi. Bagaimanapun, kenyataan pasangan itu mendatangkan perasaan kurang senang rakyat Malaysia. Menurut mereka, tidak ada mana-mana individu yang mengamalkan seks sonsang dihukum gantung di negara ini. Tambah mereka, golongan bukan muslim yang mengamalkan LGBTQ juga tidak dikenakan sebarang hukuman di Malaysia. “Never in my 23 years of living as a born and raised Malaysian ever heard or seen people being hanged for being LGBTQ. Of course LGBTQ is a sensitive topic in here because we are an Asian country who’s majority are muslim but the body who regulates shariah law doesnt bugs ppl,” kata Sukuna Spit On Me. “It’s so not illegal to be a gay non-Muslim in Malaysia lmao. I guess she’s just using it as an excuse to get PR in the USA,” komen RolyPoly. “Why even need to include info of them being LGBT as part of the restaurant’s review? Plus, no one has ever being hanged for being one,” kata Ahmad. “How to make you story ‘interesting’? Just add some ‘LGBT drama’.. Wallawehhhh……” komen @AimanMMG. Sementara itu, Instagram milik restoran berkenaan, kopitiamnyc turut menjadi tempat rakyat Malaysia meluahkan kekesalan terhadap kenyataan yang tidak benar tersebut. Turut memberikan komen adalah pelakon, Tiz Zaqyah. “Oh helli-no we dont eat dry nasi lemak in a bowl with chopsticks. And no we dont hang LGBTQ here in Malaysia. Great narrative but for your own marketing purpose? Not cool at all. Not cool at all. – A Malasyian,” kata Tiz Zaqyah. Tiz kemudian menyeru orang ramai berhenti menghentam selepas pihak Kopitiam NYC mengemukan penjelasan dan memohon maaf atas salah faham yang berlaku hingga menimbulkan ketegangan. Sumber: Suara Merdeka
|
ADVERTISEMENT