Ayda Jebat memaklumkan dia akan bersalin anak pertamanya, petang ini. Menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Ayda menjelaskan jangkaan bersalin terpaksa diawalkan seminggu daripada tarikh sepatutnya.
Dia turut memohon doa ramai semoga dia dan bayi yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan sihat selamat. “Assalamualaikum semua. Insyaallah baby wuvv akan keluar petang ni. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. “Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya & baby sihat dan selamat. Amin,” tulisnya. Sementara itu menerusi Insta Stories, Ayda turut memuat naik dirinya yang berada di sebuah hospital swasta sambil ditemani suaminya, Nabil Mahir.
|
MakcikLaksa replied at 21-9-2021 04:43 PM
Kalo acik ler.. Seram mikior beranak bedah. Nk jaga luka perut lepas bersalin tu bukan senang diknon ...
ninnamina replied at 21-9-2021 05:15 PM
Semoga dimudahkan.. macam lama pulak sheol pregnant
minahmanja replied at 21-9-2021 05:53 PM
Nak date cantik kot.. 21/9/21.. entah lah.. or mmg ade komplikasi sbb tu kena bersalin awal.
Chah21 replied at 21-9-2021 05:48 PM
Acik dh pernah czer ke? Berapa kali?
Suchi replied at 21-9-2021 09:47 PM
Sikitnya naik berat, 54kg tu pun tak besar mana dia kelihatan tetap nampak halus jaa perut terbonjol ...
ADVERTISEMENT