CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hentak Kepala, Lompat Keluar Dari Tangki- Paus Didakwa Tertekan Dan Cuba Bunuh Diri

22-9-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2827| Komen: 18

Sepanyol– Sebuah video memaparkan aksi seekor paus pembunuh melompat keluar dari tangki gergasi  menjadi perdebatan hangat dalam kalangan aktivis haiwan yang mendakwa bahawa kejadian itu adalah  cubaan membunuh diri, lapor akhbar The Sun.


Berdasarkan rakaman yang tular sejak tahun 2016 itu, paus bernama Morgan itu dilihat tidak bergerak selama 10 minit ketika terdampar di tepi tangki.

Aktivis-aktivis haiwan menyuarakan kebimbangan terhadap mamalia itu yang menurut mereka,  ia tidak berasa gembira berada di Zoo Loro Parque, Kepulauan Canary.

Foto: The Sun

Terdapat  video lain yang memaparkan Morgan berulang kali menghentak kepalanya pada pagar besi.

“Ini adalah satu daripada banyak contoh yang memberitahu kita tentang apa yang tidak betul dengan aktiviti penangkapan haiwan seperti ini. 


“Kita tidak akan melihat sikap aneh seperti ini dalam habitat semula jadi,” kata pertubuhan kebajikan dan perlindungan ikan lumba-lumba, Projek Dolfin.

Sehingga kini, masih tidak dapat dijelaskan apa yang cuba dilakukan oleh Morgan, namun pakar-pakar tidak menolak kemungkinan  ia cuba mencederakan dirinya.

Sementara itu, pengurusan Zoo Loro Parque menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan,  tindakan Morgan itu adalah normal.

“Membiarkan badan terdampar seperti itu adalah tindakan normal yang sering dilakukan paus pembunuh apabila ia berburu di habitat semula jadi.

“Ia bukannya tidak gembira. Banyak benda yang boleh ia lihat apabila berada di luar tangki,” ujar Pengarah Loro Parque, Wolfgang Rades.

Morgan ditangkap di Laut Wadden, luar pesisir pantai Belanda dan ‘ditawan’ pada tahun 2010 selepas ditemui dalam keadaan kekurangan zat. – CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Limao 22-9-2021 09:16 AM
Bodohnyer jawapan Pengarah Loro Parque.
Quote KamikuP 22-9-2021 09:19 AM
Sian paus tu. ikan pun ada masalah mental kan?
Quote Knowlee 22-9-2021 09:27 AM
KamikuP: Sian paus tu. ikan pun ada masalah mental kan?


Binatang tak dikurniakan akal, tapi dia tetap boleh ada feel, ada penyakit. The fish needs freedom. Kita yg terkurung sbb PKP kejap pun meroyan royan. Inikan ikan yg seumur hidup terkurung dalam kolam tu saja, pastu kena paksa perform pulak. Padahal bukan nature dia utk buat performance.
Quote AbukRokok 22-9-2021 09:31 AM
ikan pos = raykat
staf zoo = kerajaan kerajaan
Quote Beribear 22-9-2021 10:46 AM
Kesiannya, maybe dia nak tempat baru dan ada krluarga kot
Quote kakakko 22-9-2021 10:48 AM
Kesiannyaa.. Memang macam something wrong je tu. Walaupun ai suka je p zoo tapi entahlah setuju jugak zoo ni sekat kebebasan natam2 ni..
Quote tripleid 22-9-2021 10:52 AM
lepaskanlah..kesiann
Quote Adrif 22-9-2021 10:57 AM
Knowlee replied at 22-9-2021 09:27 AM
Binatang tak dikurniakan akal, tapi dia tetap boleh ada feel, ada penyakit. The fish needs freed ...

kan.
dulu masa kami balik kampung seminggu, tinggal anak kucing umo setahun kat pet hotel.
habis je cuti, anak kucen merajuk. tak aktif. risau je kena dera ke ape kat kedai tu. atau sakit ke. penyakit berjangkit ke.

bawa la gi vet. pastu doc sahkan, "Depression."
dia cedey ingatkan kena buang
halaa halaa halaa halaa bulus sekor ni  

berminggu jugak ler baru dia normal, aktif balik  
Quote jas7512 22-9-2021 11:27 AM
Paus pun nak bunuh diri..sedihnya...durjana lg manusia yg menyebabkan paus ni mental
Quote imanjannah 22-9-2021 11:43 AM
siannya..
Quote Knowlee 22-9-2021 12:50 PM
Adrif replied at 22-9-2021 10:57 AM
kan.
dulu masa kami balik kampung seminggu, tinggal anak kucing umo setahun kat pet hotel.
habis ...

Alololo... Manja sgt la tu sampai depression... Syukur dia dah ok balik.
Quote I.K.A888990 22-9-2021 02:32 PM
haiwan pun ada perasaan kan
kesian kalau betul dia diperlakukan tak elok kat situ
Quote edayildiz 22-9-2021 02:38 PM
yela stress agaknya..takde patner ke? xbaikk taw..dorg pun ada perasaan..kucing i dulu depress sbb i xbg carik betina..tu before i sunat kan beliau la
Quote edayildiz 22-9-2021 02:41 PM
Adrif replied at 22-9-2021 10:57 AM
kan.
dulu masa kami balik kampung seminggu, tinggal anak kucing umo setahun kat pet hotel.
habis ...


sama kucing i mengamuk i xbg jmpa patner kucing dia..masatu xkembiri lg..mengeletis bethol tamo mkn..bwk p jmpa klinik ckp stress
Quote Artemesiaa 22-9-2021 05:27 PM
Ikan paus pun tahu rasa tertekan dan marah bila terlalu lama dikurung inikan pulak manusia
Quote mbhcsf 22-9-2021 07:41 PM
i think  the Morgan is stress lah , kesian  dia, lepaslah.
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 12:42 AM
Lepaskan laaa....
Manusia lockdown pun dah naik mental anxiety ptsd bagai
Biar la dia bebas
Quote Jiddin 23-9-2021 07:30 AM
Kalau la binatang2 ni boleh bercakap, dah lama manusia2 ni dibawa ke muka pengadilan. Dgn binatang hampa boleh la buat lebih kurang.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054532 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top