Ozlynn Wati dihentam teruk kerana didakwa sudah berbasikal walaupun baru sahaja melahirkan anak keenam baru-baru ini. Semuanya berpunca apabila isteri kepada pelawak Johan ini memuat naik gambarnya menaiki basikal di IG Stories.
Netizen tak puas hati sebab Ozlynn tak menjalani pantang dengan cara yang betul. Namun Ozlynn kata gambar tersebut diambil setahun yang lepas. "Sangat prihatin rakyat Malaysia, di video basikal itu pun dah ada ayat 'baru semalam kayuh tahu-tahu dah setahun'. Bermaksud video itu dah setahun. Dalam tempoh sebulan dah mendaki bukit tinggi-tinggi." Tambah Ozlynn, "Saya ni baru je pantang 18 hari. Nak kayuh apanya? Dengan kepala berpilis, parut berbarut 20 meter panjang, ada ketika masih berkain batik. Mana maunya kayuh,"jelasnya. Katanya dia masih tahu menjaga dirinya. "Insya Allah sekali pun anak dah masuk enam saya masih tahu jaga diri. Apa pun terima kasih pada yang ambil berat dan pada yang tak tahu situasi belajar husnuzon ya."
|
manehnya replied at 22-9-2021 11:03 AM
Hebat gak pmpn ni, beranak 6 still lawa
trexxxxxi replied at 22-9-2021 12:32 PM
Sebok bethol netz pasal pantang orang
Eh helloooo pandailah2 dia jaga body
Dah anak ke6 pun
EmmaLolito replied at 22-9-2021 12:40 PM
Anak angkat je tak guys. Sbb aku rasa mcm misteri kali ni. Watpa nak sorok2 kan? Bkn anak tak sah ta ...
ADVERTISEMENT