Biarpun bergelar penganut Kristian, pelakon cantik seberang, Amanda Manopo baru-baru ini meluahkan hasrat hatinya untuk membina sebuah masjid. Dalam hantaran di Instagramnya, dia meminta bantuan pengikut untuk memberi cadangan lokasi sesuai untuk membina rumah ibadah bagi peminat beragama Islam.
“Bismillahirrahmanirrahim. Atas izin Allah SWT dan segala rezeki yang diberikan, saya bercadang untuk membina sebuah masjid. “Jika anda mempunyai cadangan di wilayah atau daerah yang dirasakan sesuai, anda boleh berkongsi dengan saya,” katanya. Niat murni bekas kekasih Billy Syahputra itu lantas mendapat perhatian pengikutnya. Sikap tersebut tambah menuai pujian memandangkan Amanda bukanlah seorang Muslim. Tidak hanya mahu membina masjid, sejak akhir-akhir ini, pelakon yang pernah membintangi filem Surat Cinta Untuk Starla itu juga dilihat sering tampil dengan imej berhijab. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT