Seorang lelaki di India tidak menyedari dirinya terkena tembakan ketika tidur dan menyangka kesan luka dialaminya disebabkan cakaran kucing. Lapor The Sun, Nemi Chand, 35, dari Rajasthan terkejut selepas bangun daripada tidur dan mendapati kesan luka di badannya.
Katanya, ketika kejadian, dia tiba-tiba terbangun tidur apabila terasa sakit ringan di bahagian dada. Pada mulanya, Nemi yang bekerja sebagai juruelektrik menyangka luka itu mungkin disebabkan cakaran kucing dan mengabaikannya. Namun, Nemi menyedari mengalami luka tembakan tidak lama kemudian selepas salah seorang rakannya menemukan sebutir peluru kosong ketika membersihkan bilik tidur. Nemi kemudian dibawa ke hospital dan diperiksa segera dengan melakukan imbasan x-ray. Imej x-ray menunjukkan peluru ‘tersangkut’ di bawah kulit Nemi.
Nemi kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru itu, yang hampir terkena pada bahagian organ dalamannya. Beberapa rakaman yang diambil di bilik pembedahan itu menunjukkan doktor bedah berusaha mengeluarkan peluru itu daripada badannya. Sementara itu, polis Raniwara memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. Sumber: Utusan
|
matamata replied at 22-9-2021 01:39 PM
India, Indon, India, Indon, India, Indon, India, Indon, India, Indon, India, Indon, India, In ...
ADVERTISEMENT