Siapa tidak berang apabila nasi berlauk gulai ayam yang dibeli di sebuah gerai untuk sarapan hanya berisi lauk lapan hirisan asam keping. Itu yang berlaku kepada pekerja swasta, Mohd Firdaus Shamsudin, 36, di Kota Bharu.
Katanya, dia membeli dua bungkus nasi gulai ayam dan sebungkus laksam dengan harga RM9 pada jam 8.45 pagi, Isnin. “Nasi yang dimakan oleh anak, elok berisi seketul paha ayam gulai, namun nasi yang dimakan isteri didapati hanya berisikan lauk lapan hirisan asam keping. “Saya membeli nasi tersebut yang sudah siap-siap dibungkus dan diletakkan peniaga lain di gerai peniaga tersebut yang ditandakan lauk ‘gulai ayam’ dan bukannya ‘asam keping’,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Ujarnya, walaupun berasa geram, namun isteri tetap menghabiskan nasi tersebut bersama kuah tanpa isi ayam dan memaafkan peniaga itu selain mendoakannya dimurahkan rezeki.
“Memang rasa geram, tetapi kita tidak pasti peniaga itu perasan atau tidak ataupun tidak sengaja tertukar ayam atau daging dengan asam keping. “Kami faham keadaan sekarang serba-serbi mahal, harga ayam pun meningkat tetapi peniaga seharusnya bersifat jujur dan seandainya disengajakan perkara sebegini tidak patut berlaku,” katanya. Sumber: Sinar Harian
|
ezacbee replied at 22-9-2021 05:49 PM
Aku penah order nasi lemak ayam. Ayam xde. Trus call owner dan cepat dia ganti duit ayam. Settle. Ad ...
exclusive_vvip: Edited by exclusive_vvip at 22-9-2021 03:55 PM baru ni beli laksa johor kat foodcourt putrajaya p9 (kedai mee rebus yg logo merah hitam putih tu), ...
Fortiori02 replied at 22-9-2021 06:52 PM
Ni food court yg kat Klinik kesihatan presint 9 tu ke?
ADVERTISEMENT