London: Bayinya layak digelar bayi online atau e-bayi selepas dihasilkan menerusi permanian beradas yang menggunakan sperma dibeli secara dalam talian, tahun lalu.
Stephenie Taylor, 33, dari Nunthorpe di Teeside melahirkan bayi perempuan dinamakan Eden selepas mengandung hasil prosedur yang dilakukan sendiri. Katanya, dia mengikuti panduan di YouTube untuk melakukan permanian beradas sendiri dengan kit bagi proses itu dibeli di eBay. Menurutnya, sperma pula diperoleh menerusi aplikasi Just A Baby yang menghimpunkan senarai penderma dengan pelbagai latar belakang dan maklumat untuk dia membuat pilihan. Hanya sehari diperlukan Stephenie untuk memilih penyumbang sperma yang menepati kriterianya, iaitu individu yang tiada masalah kesihatan dan seorang family-oriented man.
Wanita itu berkata, dia mengambil risiko melakukan prosedur terbabit kerana mahu memberi adik kepada anak lelakinya, Frankie selain tidak mampu menampung kos rawatan kesuburan mencecah £1,600 (RM9,152.06). Dia tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan lelaki lain yang mungkin boleh menyebabkan Frankie kurang bahagia. Kata Stephenie, penderma yang dicari juga adalah individu yang boleh memberi anak mirip seperti wajah anak sulungnya. "Lelaki terbabit datang sendiri ke rumah saya untuk menyerahkan sperma. Dia seorang lelaki yang baik dan mesra, malah kami sempat minum bersama dan berbual," katanya. Dua minggu selepas melakukan prosedur itu, Stephenie mengandung dan gembira apabila Eden dilahirkan sihat pada Oktober 2020 yang disifatkannya sebagai satu keajaiban. -CARI Sumber: Harian Metro
|
iminidin replied at 23-9-2021 08:29 AM
datang serah sendiri sperma tu macam mana dik oi..
secara manual kot..
iminidin replied at 23-9-2021 08:29 AM
datang serah sendiri sperma tu macam mana dik oi..
secara manual kot..
ninja9: syarat nak jadi hamil sperma sampai telur saja. macam mana cara dia sampai cara biasa kah atau luarbiasakah tak penting... dan serah sendiri tu kira s ...
Firenzza: Alang2 dh sampai umah apsal plk nk guna kit bagai?
kehcik_evil replied at 23-9-2021 06:03 AM
just nak tanya kita org islam boleh ke buat cam ni??
Firenzza replied at 23-9-2021 09:29 AM
Alang2 dh sampai umah apsal plk nk guna kit bagai?
kehcik_evil replied at 23-9-2021 02:03 PM
just nak tanya kita org islam boleh ke buat cam ni??
ADVERTISEMENT