CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

5 Tahun Kahwin, Shalma Ainaa Tak Tertekan Belum Ada Anak

23-9-2021 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7213| Komen: 23

Shalma Ainaa yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelima pada 17 September lalu tidak berasa tertekan apabila belum dikurniakan cahaya mata.

Shalma berkata, dia dan suami, Wan Imar Izzat bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri dan menyerahkan soal zuriat kepada takdir.

Foto: IG

"Saya selalu melihat setiap perkara dari sudut yang positif seperti apa yang kami miliki sekarang sudah cukup bahagia.

"Saya sangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Kalau Dia nak bagi lebih, saya anggap ia adalah bonus. Itu yang selalu kami tanamkan.

"Saya memang sukakan kanak-kanak, cuma Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Saya serahkan soal ini kepada rezeki dan takdir," katanya dalam satu perkongsian video di saluran YouTube miliknya, baru-baru ini.




Menurut Shalma, dia juga berpesan kepada mana-mana pasangan yang belum dikurniakan zuriat supaya tidak berasa tertekan untuk mendapatkan anak disebabkan tekanan daripada pihak lain.

"Kena selalu ingat yang kita tidak boleh buat semua orang gembira. Cukuplah sekadar kita dan pasangan berasa gembira dengan kehidupan yang dilalui.




"Bagi saya, orang yang sayang anda adalah orang yang mahu melihat anda gembira. Kalau anda sudah berasa bahagia hidup berdua apa salahnya. Ini kerana bila ada anak, anda punya amanah dan tanggungjawab. Jadi, jangan tertekan untuk ada anak disebabkan orang lain sebab bimbang anda tidak gembira di kemudian hari," katanya.

Shalma dan Imar berkahwin pada 17 September 2016 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 23-9-2021 08:09 AM
Tahniah dh 5 tahun. Tunggu je rezeki Dr Allah yer
Quote helicornia 23-9-2021 09:08 AM
kalau tertekan pun tak kan nak ckp kt org
dgn environment toksik org malaysia yg suka menyibuk hal org maunye tak tertekan
tapi bagus la kalau dia tk layan
Quote Nham22 23-9-2021 09:14 AM
Ntah kenape iolss rase die n husband mmg belum nak ade anak lg... Huhuhu..depa prefer berdua saja...
Quote Minami2013 23-9-2021 09:24 AM
Kadang2 di sebabkan mulut2 org ni lah buat kita terlupa untuk bersyukur. Padahal nya nikmat2 lain seperti kesihatan yg baik, hidup yg tenang, rezeki yg byk, keluarga/mertua yg penyayang, life partner yg baik.. itu pun rezeki dan nikmat Allah bagi kat kita yg ada org lain tk dapat. Tp mmg sifat manusia, tgk apa yg kurang Allah bagi.
Quote awanysss 23-9-2021 10:37 AM
helicornia replied at 23-9-2021 09:08 AM
kalau tertekan pun tak kan nak ckp kt org
dgn environment toksik org malaysia yg suka menyibuk hal  ...

kalau tertekan kang mcm satu artis tu..
dia sorang je la kat malaysia ni ttc..
Quote mieymiey 23-9-2021 05:04 PM
Allah bagi peluang untuk luangkan lebih masa dengan husband.
Sementara masih berdua, boleh pergi dating selalu takyah risau pasal anak.
InsyaAllah rezeki Allah bagi nanti tepat pada masanya.
Quote faraway1 23-9-2021 05:55 PM
Betul kekadang kita ok aje orang sekeliling tu ya ampun.. Over ya amat.

"prihatin" macam dorang bakal kasi makan pakai anak gitu once kita ada..
Quote eely_shana 23-9-2021 05:58 PM
Thniah dah 5 tahun kawen. semoga jodoh berkekalan selamanya. adalah nnti tu rezeki, in shaa Allah.
Quote stania83 23-9-2021 06:06 PM
--bapak shalma ni singh kan
Quote BarbiePink 23-9-2021 06:14 PM
Takpe uols
Ada rezeki adelah baby nanti
Quote mendeluk 23-9-2021 06:44 PM
Nham22 replied at 23-9-2021 09:14 AM
Ntah kenape iolss rase die n husband mmg belum nak ade anak lg... Huhuhu..depa prefer berdua saja... ...

Iols pun rase gitu. Macam enjoy life lagi, bukan takde rezeki.
Yaya itu pun sama. Syamim pun sama.
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 02:43 AM
Dont worry
Live life to the fullest selagi tengah berdua
Nanti ada anak, baru merasa penat menjaga
Honeymoon dulu
Quote dudaberhias 24-9-2021 03:23 AM
tak payah sibuk la ada anak kalau belum bersedia... abaikan mulut2 orang... anak dorang pun bukan comel semua muka so-so marhaen dan perangai pun entah2 cam panterk lebih kurang dengan perangai maknya sekali...

iols bab anak2 ni last sekali iols akan tanya... benda tak penting untuk di tanya dan silap2 boleh guriskan hati orang...

lain la kalau kau nak sponsor orang tu duit untuk belanja anak dia sampai ke tua...

nak jadi ibu atau bapa tak bermaksud kena beranak... ambil anak angkat pun kita boleh jadi ibu bapa...
Quote ctkaty 27-9-2021 04:48 AM
If it's yours, it's yours In Shaa Allah.

Quote lattehazelnut 27-9-2021 02:09 PM
Mira pun blom preggy kn
Quote pakwetizzaqyah 27-9-2021 06:52 PM
ye ke?? ke mmg tak kisah tk dak anak..
Quote silampumeja 27-9-2021 09:26 PM
Iols ok je tgk diorang bersua... Dulu dlm pkp sangat suka layan yt diorang... For me shalma ni dia pnya contents tak terlalu buat-buat...  Kalau sinain edruce tu. Lelebih sangat... Shalma bab gelak ke kelakar ke just under vontrol diorang berdua... Suka
Quote boongalalang 27-9-2021 09:42 PM
silampumeja replied at 27-9-2021 09:26 PM
Iols ok je tgk diorang bersua... Dulu dlm pkp sangat suka layan yt diorang... For me shalma ni dia p ...

Sama la kita. Suka tengok shalma sejak nampak dia dekat kongsi viral, terus follow. Tak over.
Quote Annaquinn009 27-9-2021 10:54 PM
manusia ni lupa agaknya anak tu kurniaan Allah...kalau asyik tanya bila nak ada anak, sama lah mcm mempersoalkan kenapa Allah x bg rezeki anak...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036010 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top