Masih lagi dalam isu tuala wanita yang mengangkat grafik alat sulit pada pembungkusan produk mereka. Kali ini menerusi perspektif badan bukan kerajaan wanita, Wafiq yang menyatakan tujuan iklan tersebut bukan sekadar pendidikan tetapi juga mencipta kontroversi. Presidennya, Dr.Rafidah Hanim menegaskan iklan tersebut terang-terangan bukan memperjuangkan maruah wanita. Apa kena mengena simbol vulva as the heart of embroidery dengan keluarga miskin haid? Bagi Dr.Rafidah, mereka tidak menentang penggunaan bunga sebagai perlambangan kepada alat sulit wanita, namun apa yang ditentang ialah konsep meletakkan grafik tersebut yang terang-terangan seperti kemaluan wanita itu sendiri dan ianya dipersetejui netizen. Manakala bagi mereka yang menyatakan badan bukan kerajaan muslimah tidak menentang kempen berbaur seksual terang-terangan seperti ubat kuat, papan iklan dan sebagainya, sebenarnya mereka telah lama bersuara tetapi tidak mendapat perhatian sebesar tuala wanita ini. "Sebelum ini pun, memang perjuangkan tetapi tidak mendapat respon dari pihak atasan dan netizen." Jadi, pandanglah sesuatu isu itu dari pelbagai perspektif agar minda lebih terbuka. Adakah wajar alat sulit merata-rata tempat?- CARI |
Normabaru replied at 23-9-2021 03:16 AM
Koser laaa nk bising gambar tu..yg video lucah bersepah xpulak nk bising..ustaz acah kawen byk tu sb ...
PolloMe replied at 23-9-2021 01:24 PM
Lepas ni letak lah gambar grafik konek..lukisan je pun..nak education je pun biar semua org boleh te ...
Jiddin replied at 23-9-2021 01:48 PM
Bila hilang rasa malu, lakukanlah apa saja.
Normabaru replied at 23-9-2021 02:59 PM
xpayah lukis pon bersepah dah merata dunia esp kt rome tu haa..everyone have one maaa...dlm buku p ...
PolloMe replied at 23-9-2021 06:06 PM
Apa..kat negara mana? Rome? Sekarang kita kat negara mana oiiiii..alang2 nanti buh hentai sekali k ...
Normabaru replied at 23-9-2021 04:18 PM
otak jumud xde open gitulaa..sex tu xjijik pon sebenarnya..tp mentality tertutup pdg benda tu jiji ...
PolloMe replied at 23-9-2021 06:26 PM
Siapa kata seks tu jijik? Dlm Islam boleh ke tayang2 aksi seks tu kat org lain? Tak kan? So kau na ...
ADVERTISEMENT