CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kenapa Kad Pelarian UNHCR Nur Sajat Boleh Siap Cepat Sangat? Kenapa Kes Nur Sajat Istimewa?"

23-9-2021 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5415| Komen: 20

Ibu Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), di sini, enggan mendedahkan status sebenar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat sama ada berstatus pelarian atau sebaliknya.


Dalam jawapan e-mel kepada Harian Metro, jurucakap UNHCR memaklumkan pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat berkenaan atas alasan perlindungan serta kerahsiaan.

Menurutnya, pihaknya tidak akan memberikan sebarang komen berhubung perincian atau mengesahkan Nur Sajat pemilik kad badan antarabangsa itu.

Bagaimanapun, sumber mendedahkan kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C0XXXX itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.



Sementara itu, sumber berkata, proses pengeluaran kad pelarian berkenaan agak kontroversi disebabkan proses Nur Sajat mendapatkannya dalam masa singkat berbanding pelarian lain.

"Ini pihak UNHCR sahaja boleh ulas. Biasanya proses permohonan kad pelarian memakan masa.

"Dalam kes Nur Sajat cepat pulak. Ini timbulkan persoalan. Walaupun kita tahu ada negara antarabangsa tertentu membantunya, prosedur operasi standard perlulah dipatuhi.

"Kenapa kes Nur Sajat istimewa?" soalnya.

Sementara itu, Bangkok Post dalam laporannya semalam berkata, polis Thailand enggan mengesahkan Nur Sajat cuba mendapatkan suaka politik di negara itu.

Jurucakap timbalan polis Pol Col Kissana Phathanacharoen memberitahu media bahawa Nur Sajat belum lagi membuat permohonan di sana dan butiran selanjutnya akan didedahkan kemudian.

Susulan laporan Harian Metro sejak Isnin lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataannya mengesahkan Nur Sajat mengemukakan kad pelarian UNHCR ketika ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu ketika serbuan dilakukan di kondominium mewah di Bangkok.

Katanya, pihaknya bersama Kementerian Luar Negeri dan Pejabat Peguam Negara dalam proses membawa pulang Nur Sajat mengikut undang-undang antarabangsa.

Untuk rekod, UNHCR di Malaysia pernah dilanda kontroversi apabila pada Mac 2016, akhbar The New Straits Times (NST) mendedahkan bahawa begitu mudah untuk mendapatkan kad pelarian UNHCR hasil bantuan sindiket dengan caj hanya RM120 sahaja.

Pendedahan NST itu juga menyatakan bahawa sindiket menawarkan kad itu yang pada dasarnya memberi imuniti kepada pendatang asing tanpa izin di negara ini daripada dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Mengulas isu berkaitan kad pelarian pada Jun lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau berpendirian kad dokumen identifikasi untuk pelarian seharusnya dikeluarkan agensi di dalam negara dan bukannya pertubuhan luar.

Memetik laporan berkenaan, Hamzah berkata, berdasarkan data yang diperoleh, terdapat lebih 120,000 kad UNHCR dikeluarkan untuk pelarian di negara ini.

"Cuba kita fikir semula, ada kad identifikasi yang dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan lebih tinggi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kita ada kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN, jika seseorang itu berstatus penduduk tetap (PR), kadnya berbeza. Jika seseorang itu bekerja, kita berikan permit atau kad pekerja.

"Pelarian yang berada di negara ini sepatutnya berada untuk sementara waktu sahaja namun apa yang kita lihat hari ini, mereka sudah menetap berpuluh-puluh tahun," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 23-9-2021 12:04 PM
siapa la yg g sokong convention ni dulu..
pergi la revoke balik.. takpun ketatkan syarat2..
pulang balik rakyat tu pd negara asal with certain guarantees.
Quote matamata 23-9-2021 12:10 PM
UNHCR kat Malaysia ni sah ke?
Quote lifeline 23-9-2021 12:13 PM
hebat gak bamjat ni tau celah2 yg boleh dia pergi mana dan mana
Quote namr 23-9-2021 12:13 PM
Dh dpt lubang kunyit lettew
Quote Cik_jantung 23-9-2021 12:18 PM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 07:45 AM
lifeline replied at 23-9-2021 12:13 PM
hebat gak bamjat ni tau celah2 yg boleh dia pergi mana dan mana


..........
Quote Skuau 23-9-2021 12:32 PM
Tak hairan PATI guna tuk MENETAP  kat negara ni.. bekerja dan berniaga secara haram...jilaker .
Quote angelofish 23-9-2021 12:38 PM
rohingya kat malaysia ni senang je dapat.
Quote jalfa 23-9-2021 12:40 PM
Munkin jatt bg bukti nyawa terancam kot...komen komen nurtizen semua x boleh blah...
Quote gekkou 23-9-2021 12:43 PM
yang gubal dan penguatkuasa undang2
sila lah fikirkan
Quote haruslah 23-9-2021 01:01 PM
Open secret la puak2 UN..... ni
Kalau x xkan melambak pelarian masuk malaysia
Quote LadyCarefree 23-9-2021 01:04 PM
Korang2 yg bully gertak dia menyumbang kepada dia dapat kad unhcr dan mungkin suaka dia negara maju. Dan juga menyumbang kepada kemurtadan dia. Fikir2kan lah. Pandai cakap dunia dia lepas, akhirat menjawab. Korang pon sama. Ada saham dia murtad atau benci Islam dsb. Hehe
Quote trexxxxxi 23-9-2021 01:10 PM
Dah korang ugut bunuh bagai
Senanglah dapat

Tambah lak berduit
Quote JohnyEnglish 23-9-2021 01:23 PM
Jual org lagi untung dari jual unta
-UNHCR
Quote glump 23-9-2021 01:23 PM
Kat kad unchr tu guna nama Nur sajat ke?sibuk pemberita tulis Nur sajat ..gambo bukan main.. isu antarabangsa terus yer kes kau
Quote djzara81 23-9-2021 01:24 PM
Apa special sgt dgn bamjat? Dah dewasa, ada akal. Apa yg terjadi sekarang sbb kesalahan diri dia. Ramai dah doakan dia termasuk parents dia but he has chosen the kind of life that he wants.
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 01:56 PM
Pelarian yang berada di negara ini sepatutnya berada untuk sementara waktu sahaja namun apa yang kita lihat hari ini, mereka sudah menetap berpuluh-puluh tahun," katanya. -CARI

Hohoho time anak2 deme dah besar, haa pandai2 laa anak2 korang hidup yach. The hunger games begin. Iol masa tu da tua, tunggu masuk kubo jahh.
Bumi dipijak milik pemegang UNHCR.  

Pasal bamjat? Hmm tuhan punya kuasa. Nak biar tak boleh, nak ditangkap banyak cekadak pulak.

Quote mclaren 23-9-2021 01:58 PM
Sebab dia sedekah tayang buah2 tempatan tanpa nak report sexual harrassment kalau ada pegawai terpegang. Win - win.
Quote OyaTonggek 23-9-2021 10:42 PM
hebat Ajad
Quote CikYaYaYa 24-9-2021 10:32 PM
Apa citer laa erk dgn anak2 angkat dia tu..? nak tau gak. Swru lg iols nk tau gak apa jadikk dgnn bf diaa jados ke apo nama nya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.152883 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top