CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Colombia Bagi Cuti Dua Hari Kalau Haiwan Peliharaan Mati

23-9-2021 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2633| Komen: 17

Golongan pekerja akan diberikan cuti berbayar selama dua hari sekiranya haiwan peliharaan mereka meninggal dunia berdasarkan peruntukan undang-undang baharu di Colombia.

Undang-undang itu dibentangkan Ahli Kongres Parti Liberal, Alejandro Carlos Chacon, 48, yang mewajibkan semua majikan memberikan cuti dua hari tersebut.


“Hubungan kekeluargaan bukan setakat antara sesama manusia, tetapi turut melibatkan pelbagai spesies haiwan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan berkeluarga.


Gambar hiasan

“Sesetengah orang tidak mempunyai anak, tetapi mereka mempunyai haiwan peliharaan yang sangat dicintai sehingga menjalinkan ikatan yang kuat dan mendalam,” katanya.

Menurut Chacon, cuti tersebut dapat membantu orang ramai mengatasi rasa sedih dan sakit kehilangan binatang kesayangan tanpa disibukkan dengan urusan pekerjaan.

Jelasnya, undang-undang itu sangat relevan dengan majoriti penduduk Colombia kerana enam dari 10 isi rumah mempunyai binatang peliharaan.


Undang-undang itu bagaimanapun tidak memperincikan jenis haiwan yang dianggap sebagai binatang peliharaan.

Namun, Chacon menjelaskan haiwan itu didefinisikan mempunyai hubungan sentimental yang kuat dengan pemilik.

Cuti berbayar itu tidak terpakai kepada kematian melibatkan binatang liar atau haiwan eksotik.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 23-9-2021 09:22 PM
Tahniah diucapkan kepada pecinta haiwan di sana
Quote Steelhearts 23-9-2021 09:38 PM
Tertakluk brp ekor menatang tuh? Klau bela tikus ke arnab yg cpt membiak  setahun la asyik cuti berbayar
Quote mongoose_kidz 24-9-2021 07:39 AM
“Sesetengah orang tidak mempunyai anak, tetapi mereka mempunyai haiwan peliharaan yang sangat dicintai sehingga menjalinkan ikatan yang kuat dan mendalam,” katanya.

betul....aku dlm situasi mcm ni..klau la terjadi x dpt bayang ngan keadaan sedih mata bengkak nak masuk keje pulak... bagus  tp mst ade yg slh guna punya
Quote helicornia 24-9-2021 08:05 AM
Aku yg tk minat bela binatang rugi la haha
Quote kechikchomel 24-9-2021 08:06 AM
Iolss teringat kawan kakak iolss. Kucing kot. Family dia bela kat kg kat Perak. Mati. Patutnya kawan kakak iolss ni balik Penang ahad tu sebab esoknya keje kan. Tapi dia tak balik. Dia call kakak iolss bagitau kucing dia mati.
Quote bulan_gerhana 24-9-2021 08:06 AM
Klaau kat mesia implement cuti ni... Mau mabuk sume employer.. hahha staff manjang nak cuti Sbb kucing kg dia mati la... Burung pipit dia mati la.. sugar glider mati la... Yg paling ramai yg bela 'biawak'... Mati juge ... Ops... Over the limit..
Quote me12345 24-9-2021 08:19 AM
Senang amat..jumpa haiwan mati declare pet sendiri yg mati..boleh?
Quote zehra2 24-9-2021 09:08 AM
masa dilanda parvo dulu, mmg amik crk.
satu hari mati 3..4 ekor.
jenuh nk korek lubang nk tanam.
musim tu hampir 20 ekor meow mati
1 je survivor parvo.. tu pun skrg ni jalan senget... tkde catwalknya lagi..
tgh elok lurus berjalan, tetiba terus jatuh masuk longkang mcm bola boling.
Quote Mini.Me 24-9-2021 09:18 AM
Syoknyaa...ramai laa tetiba bela pets nanti...jenuhh...

Lipas manyak2 dlm rumah mati boleh claim cuti tak?
Quote Tokeybundle 24-9-2021 11:05 AM
Wow...menarik.malaysia x nak bt camni ke.i ada bela byk ikan laga ni
Quote tipah89 24-9-2021 11:20 AM
betul aku setuju lah, dulu kucing aku mati sekor pun mmg sebijik mcm mati anak..siap amek A/L lagi sbb xle move on..
Quote JohnyEnglish 24-9-2021 11:23 AM
Bila nk buat kat sini.aku suka bela lipas kat dapor.tiap hari mesti ada yg mati terkangkang
Quote LoveSungmin 24-9-2021 11:29 AM
i biasanya ambil EL.. nangis puas2, esok sambung kerja..
Quote edayildiz 24-9-2021 11:42 AM
untung lah..mmg sedih kalau pet mati ni..
Quote Decaffeinated 24-9-2021 11:46 AM
dorang ni pet ada surat beranak medical record semua boleh lah claim ahli keluarga.

kalau setakat kutip kucing dah nak mati lepas tu mohon cuti agak2lah orang nak percaya

Quote tumpanglalu74 4-10-2021 01:46 PM
Edited by tumpanglalu74 at 4-10-2021 02:07 PM

[youtube]uIlM-AZfq78[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=uIlM-AZfq78

[youtube]Qr319PHkqPw[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=Qr319PHkqPw

[youtube]N3GndsowFME[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=N3GndsowFME

Quote cik_sssara 4-10-2021 04:16 PM
Jangan cakap kucing sendiri, kucing kat office yang I selalu bagi makan & setia tunggu pagi petang kat parking tu pun I amik cuti bawa balik mandikan wangi2 & tanam.

Pagi2 datang office dia tak muncul. Cari2, jumpa dah mati. Gaduh dengan anjing sebab nak protect baby dia, dengan baby sekali mati. Bad doggo

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.261090 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top