CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar IPTA Direman 14 Hari Jual ‘Flavor Vape’ Perisa Ganja

23-9-2021 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3046| Komen: 13

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) warga asing ditahan selepas disyaki menjual cecair ‘ganja’ digunakan untuk diisi ke dalam rokok elektronik.

Difahamkan, suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.35 petang kelmarin di tepi Jalan Alamanda 2, Presint 1, Putrajaya.



Gambar hiasan

Suspek ketika pemeriksaan dijalankan juga cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan menemukan dadah disyaki cecair ganja (200.62 gram) dan hasil saringan awal mendapati suspek positif THC.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, siasatan awal mendapati cecair tersebut digunakan untuk diisi ke dalam rokok elektronik (vape).

“Cecair itu mendapat permintaan yang tinggi di kalangan rakan-rakan rapat dan urusan jual beli dijalankan melalui media sosial.


“Cecair ini boleh memberi kesan menghayalkan seperti penggunaan Ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kredit foto: SM

Menurut Sahar, menerusi tangkapan tersebut, pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warganegara asing yang dikesan aktif selama dua bulan di sekitar Lembah Klang.

Ujarnya, nilai dadah yang dirampas adalah RM501 dan boleh menampung penggunaan seramai 402 orang pengguna (user) dadah.
 
Tambahnya, suspek kini reman selama 14 hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-9-2021 09:33 PM
Pelajar first degree ke master ni umur 29?
Quote pooh~key 23-9-2021 09:44 PM
sharlenetexas: Pelajar first degree ke master ni umur 29?


Kau tak pernah dengar orang buat master umur 40 tahun ke dek???
Quote kakikuDibibirmu 23-9-2021 09:55 PM
Jual ganja ada lesen, jual candu ada lesen tapi jual belacan tak ada lesen, saya smuggle dari Malaya
Quote jas7512 23-9-2021 09:56 PM
Edited by jas7512 at 23-9-2021 09:58 PM

Bangsat..merosakkan rakyat malaysia..hrp mereput dlm penjara...x sedar diuntung..dtg cni utk belajar tapi buat tahi
Quote sharlenetexas 23-9-2021 09:59 PM
pooh~key replied at 23-9-2021 09:44 PM
Kau tak pernah dengar orang buat master umur 40 tahun ke dek???

Tuanya.

Quote Skuau 23-9-2021 10:00 PM
Edited by Skuau at 23-9-2021 10:07 PM

jual dadah ke,jual ganja ke,mencabul ke...yg penting mereka warga asing sudah divaksin secara percuma tuk capai 'herd immunity'-Kapla hotak berjambul
Quote syaz_lina 23-9-2021 10:03 PM
Please la stop ambil foreign student terutamanya dari africa, bkn ada faedah pun to MY..mmg almost all bawak masalah
Quote kitmal9545 23-9-2021 11:34 PM
vape sendiri pun patut tidak digalakkan...banyak kesan tidak baik pada kesihatan
Quote Normabaru 24-9-2021 12:16 AM
lembab btol menteri undang2 buat keje...vape dh lebih 10taun kot..still xde law..pemalas!haih...
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 03:42 AM
Padan muka dok nak validation foreigners sangat

Sekali foreigners buat Malaya ni macam playground untuk benda2 jenayah jaaa

Haa amalkan selalu.
Quote Fortiori02 24-9-2021 02:20 PM
nakkomenjugak: Padan muka dok nak validation foreigners sangatSekali foreigners buat Malaya ni macam playground untuk benda2 jenayah jaaaHaa amalkan selalu.


Income tok negara katanya... Haaaa, hambek... yg penjenayah2 sume pakat masuk.
Quote dekmieDandy 24-9-2021 04:57 PM
dia kira 200gm ni sama mcm weed 200gm jugak ke agaknya?

masak dik non
Quote TeropongThaico 24-9-2021 05:36 PM
Tolong la perketatkan syarat deme2 ni yg konon nak further study kat sini. Banyak yg merosakkan anak bangsa dari yg benar2 dtg utk sambung belajar. Values utk ekonomi la sgt

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.264780 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top