MEDAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Bandar Tanjungbalai, Sumatera Utara, memiliki tabiat aneh iaitu minum BBM (bahan bakar minyak) atau minyak petrol.
CNN Indonesia melaporkan, kanak-kanak tersebut ketagihan minum BBM sejak enam tahun lalu. Ibunya, Ucy Ruby Atmaja berkata, dia pertama kali mengetahui tabiat itu setelah mencium bau petrol dari mulut anaknya. Dia kemudian mengintip anak ketiganya itu dan mendapati sedang minum minyak petrol. “Pada mulanya dia hanya membau minyak petrol tetapi kemudian meminumnya. Kalau tidak diberi, dia akan diam-diam cari sendiri,” katanya.
Ucy mengakui pernah bertanyakan siapa yang mengajarnya minum BBM, dan anaknya menjawab ada seorang lelaki memberinya BBM dan ketagihan itu tidak dapat dihilangkan. Dia juga sudah melakukan pelbagai usaha dan memerlukan banyak wang untuk membawa anaknya menjalani rawatan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT