CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 'Mendunia Di New York', Dolla Nak Kolaborasi Dengan Ariana Grande & K-Clique

24-9-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4664| Komen: 21

Semakin dikenali bukan hanya di Malaysia bahkan di Amerika Syarikat (AS) apabila wajah mereka terpampang di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, kumpulan Dolla tidak meletakkan sebarang syarat spesifik andai berjaya mengatur langkah ke Hollywood suatu hari nanti.


Dianggotai empat gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel, Dolla yang ditemui Kosmo! Online secara virtual bersempena pelancaran single terbaharu, Berani berkata, berlaku jujur terhadap diri masing-masing yang membuatkan mereka berada pada tahap sekarang.


Kredit foto: IG Dolla

“Kami percaya, apa yang unik tentang Dolla adalah kejujuran terhadap diri masing-masing. Tiada apa yang perlu diubah kalau pun suatu hari nanti kami berpeluang ke Hollywood untuk mengembangkan pasaran muzik.

“Kami berada pada posisi sekarang atas sokongan dan bantuan para peminat. Kami takkan berubah hanya kerana untuk memuaskan hati pihak lain. Kami hanya akan jadi diri sendiri,” kata Sabronza mewakili tiga rakannya yang lain.


Dalam pada itu, Dolla memaklumkan, buat masa sekarang, ada dua selebriti yang mereka berhasrat untuk berkolaborasi bersama.

“Pertamanya, Ariana Grande. Sebab memang tengah ‘hot’ sekarang. Kalau dapat bikin muzik dengan dia, mimpi akan jadi kenyataan. Kedua, saya rasa ada ruang dan peluang untuk Dolla bekerjasama dengan K-Clique, boleh ‘battle’ trap! Pasti mengujakan,” kata Dolla.


Kredit foto: IG Ariana & K-Clique

Terdahulu, Selepas Yuna dan Layla Sania, kumpulan Dolla muncul artis ketiga dari Malaysia yang fotonya dipaparkan di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, AS.



Penampilan Dolla yang mewakili Malaysia di papan iklan terkemuka itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.

Hadir dengan karya bernuansa sedikit ‘up tempo’, Berani akan berada di semua pelantar digital seperti Spotify, KKBox, iTunes, Apple Music, Deezer, YouTube bermula esok (24 September 2021). 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 24-9-2021 11:16 AM
Erkkk...dolla who? -cheras, usa-
Quote Kurex 24-9-2021 12:46 PM
Baru terpampang dekat ny tu, terus rasa diri makin hebat ke. Ni kalau ke sana, silap2 mat saleh sana tanya "WHO ARE YOUSSSSS?"

Kalau berbakat, ye iols tal kisah, tapi gambar lebih kepada katalog langgan pelacur vietnam..
Quote Kurex 24-9-2021 12:49 PM
Erti kata lain, takde indentity
Quote shark_eow7 24-9-2021 01:01 PM
mcm kpop idol ajee.
Quote Tinot7 24-9-2021 01:05 PM
Mimpi je la nak kolab dgn ariana grande. Dgn k-klique tuh ada kebarangkalian jahh..
Quote kelapaparut 24-9-2021 01:14 PM
k clique tu retis international kaa..
Quote MsPercy 24-9-2021 01:32 PM
Bak kat porummer..."who are yousss"...
Quote slyfynx 24-9-2021 02:23 PM
Ok, x salah pun bermimpi
I ialah malas nk komen pape.
Hahahaha
Quote innocentsangat 24-9-2021 03:25 PM
Biarlaaaa dorang nk bermimpi. Takkan nk terperuk je dlm industry sini jeeee
Quote Acikgomen 24-9-2021 03:28 PM
Kurex replied at 24-9-2021 12:46 PM
Baru terpampang dekat ny tu, terus rasa diri makin hebat ke. Ni kalau ke sana, silap2 mat saleh sana ...

Kannnn rex
Baru iklan Spotify je ponnnnn tu pon iklan share dgn rentis lain
Bukan pi nyanyi satu lagu kat Grammy awards ke apa
Quote missyL 24-9-2021 03:29 PM
Hmmm.
Bkn la nk jatuh kn.
Tp setakat iklan kt times square tu dah kira mendunia ke..
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 03:48 PM
Kaka yuna pun masuk spotify billboard
Tapi sendu jahhh sheol kat usa
Apa pun, semoga impian tu tercapai
Susah nak compete terutama retis kpop yang tengah mendonia skg ni macam hitampink


Quote CikYaYaYa 24-9-2021 04:07 PM
pada mata iols group nie mmg gigih nak tiru gaya Blackpink..
Quote OyaTonggek 24-9-2021 10:22 PM
Kurex replied at 24-9-2021 04:46 AM
Baru terpampang dekat ny tu, terus rasa diri makin hebat ke. Ni kalau ke sana, silap2 mat saleh sana ...

hahah!!
Quote Mamidingdong 25-9-2021 12:36 AM
Kurex replied at 24-9-2021 12:46 PM
Baru terpampang dekat ny tu, terus rasa diri makin hebat ke. Ni kalau ke sana, silap2 mat saleh sana ...

Hahahahaha.. Hencapan kurex tak pernah mengecewakan.. Selalu menghiburkan
Quote Ayda89 25-9-2021 02:00 AM
Congrats la dolla berjaya terpampang kat times square nun. Dah ramai yg kecam takpela biar i yg puji
Quote soy_beans 25-9-2021 02:14 AM
Ok jur pd meols. Forummer mengutuk muke sendiri nak naik billboard highway plus pun tak lepas hahaha
Quote Mulotkoyak 26-9-2021 02:23 AM
Pernah ke korg prasan model kat papan iklan kat pavi or lembaga getah malaysia area kl tuh?  X kan.... So why bother why bother why bother
Quote Kadaisaku 26-9-2021 02:56 AM
Boleh join takda masalah. Join n sign kontrak dulu dgn yiluminati hahaha

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.250541 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top