CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Akan Sokong Dari Luar Gelanggang"- Zizan Razak Pula Umum Tarik Diri ABPBH34

25-9-2021 01:19 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5813| Komen: 31



Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak, 37, membuat pengumuman tidak mahu bertanding dan menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular 34 (ABPBH34).

Keputusan mengejutkan ini membuatkan Zizan menjadi artis ketiga yang menarik diri dari acara anugerah berprestij itu selepas pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak turut membuat pengumuman sama sebelum ini.

Menurut Zizan, dia mengambil keputusan itu kerana ingin memberi laluan kepada bakat-bakat baharu.

"Seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan ABPBH.

"Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur," katanya menerusi laman Instagramnya.



Pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu turut berterima kasih kepada penganjur dan peminat yang tidak jemu memberi sokongan dan mengundinya sepanjang penganjuran anugerah berkenaan.

"Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan. Dan terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya.

"Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar gelanggang. All the best kepada semua calon', ujarnya.


Kalau tarik diri untuk beri peluang kepada bakat-bakat baharu, baguslah! Lagipun Zizan dah banyak kali menang anugerah ABPBH kan. Kali terakhir dia membawa pulang trofi Artis Komedi Popular ABPBH32 yang berlangsung pada tahun 2019. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 25-9-2021 01:56 AM
Baguslah.. Anugerah ni pon dh byk syok  sendiri
Quote nakkomenjugak 25-9-2021 02:22 AM
Segala mala majlis award kat Malaya ni dah haukkkk
Quote likilu 25-9-2021 02:25 AM
Pentas rit ual untuk sesiapa yang ada kontrek

Quote jajahoney 25-9-2021 02:32 AM
hadiah berapa kalau menang anugerah ni?
Quote wnwa05 25-9-2021 02:38 AM
Perawankota: Baguslah.. Anugerah ni pon dh byk syok  sendiri


Mungkin dorang dah give up bbnu pun boleh menang tapi otai2 vateran pun ada yg tak pernah merasa dapat anugerah agaknya
Quote Dahlia.Julia 25-9-2021 02:39 AM
Elok laa tarik diri
Quote helicornia 25-9-2021 07:58 AM
Elok la.anugerah tk berguna tk perlu disokong
Quote 3chanceno 25-9-2021 08:06 AM
Cara nak boikot anugerah sampah seiring dengan dah terlalu ramai retis sampah jua ke camna eh? #tanyajer

Anugerah apa kalau tahun lepas lockdown memanjang
Quote Pak.dolla 25-9-2021 08:26 AM
Lagi ramai retis tarik diri lg bagus...yg menang nnt mesti yg x popular...nama pyn ada yg x pernah dgr...
Quote Orix 25-9-2021 09:11 AM
Semua pefeeling tokti ke ???? Kahkah
Quote imanjannah 25-9-2021 09:52 AM
baguslah...
Quote kitmal9545 25-9-2021 10:48 AM
Dah memang down dah popularnya.................
Quote Adrif 25-9-2021 12:03 PM
sapa je tengok rancangan macam ni kat tv?

banyak lagi sumber hiburan lain

channel beratus

youtube lagi

nak skroll media sosial lagi

tapi media hiburan Malaysia, tv terutamanya, macam masih tersangkut di era 90 - 2000 lagi.
program syok sendiri. takpun copy paste format, tukar orang je.
mana kreativiti? kata anak seni? tapi takde originaliti? sekadar mengejar populariti?

pixel pun pecah. kualiti kamera low. sound tenggelam.
tv mahal2 pun tak nampak lawa bukak tv, baik stream internet, lega mata nampak HD. jerawat pun tak dapat menyorok.

elok la semua tarik diri. bukan orang tengok pun
ni sapa lagi nak kena bebel ni
aku tengah free ni
Quote anony-mous 25-9-2021 12:09 PM
Loser nya penganjur. Harap lebih ramai yg tarik diri
Quote katakauu 25-9-2021 12:54 PM
xde budget dh nk suh fans undi ke
Quote heythere123 25-9-2021 01:15 PM
tak relevan dah majlis anugerah musim2 pandemik ni. Lagi2 majlis takde kualiti macam niz Cancel je la semua
Quote scrocth 25-9-2021 01:26 PM
Pak.dolla replied at 25-9-2021 08:26 AM
Lagi ramai retis tarik diri lg bagus...yg menang nnt mesti yg x popular...nama pyn ada yg x pernah d ...

Betul. Artis2 senior baik semua tulis surat tarik diri jelah. Dh jd anugerah sampah sarap bukan diukur dengan kejayaan filem dpt box office atau putaran single juta2 strim pn. Plg tak tahan mawar rashid menang pelakon filem? Filem apa pn xtau
Quote scrocth 25-9-2021 01:27 PM
Kalau perasan, org lagi nantikan pemenang anugerah pencapaian spjg hayat berbanding bintang paling popular. Stkt mira filzah? Wany n haqiem rusli? Paling popular celah mana nya?
Quote sikatkutu 25-9-2021 01:57 PM
scrocth replied at 25-9-2021 01:27 PM
Kalau perasan, org lagi nantikan pemenang anugerah pencapaian spjg hayat berbanding bintang paling p ...


itu pasal kot tarik diri kot sis.. teda angin masakan pokok bergoyang khenzzzz

kadang terfikir jugak pemenang2 tu diukur dari segi apa. tak kan 100% dari keputusan undian?


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.195822 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top