CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Berhabis Duit, Tetap Rosak-Lelaki Bengang Bakar Kereta

25-9-2021 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4492| Komen: 28

Seorang lelaki bertindak membakar kereta miliknya selepas tidak berpuas hati gara-gara telah mengeluarkan duit yang banyak untuk baik pulih, namun kenderan itu masih lagi rosak.


Menerusi video berdurasi 19 saat oleh yang dikongsi @abejebat5145 di laman aplikasi TikTok, lelaki itu dilihat tidak berpuas hati setelah mengeluarkan duit yang banyak untuk baik pulih kereta berkenaan tetapi tetap mengalami masalah yang sama.

Ketika kejadian, lelaki tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat pada kereta itu sebelum bertindak membakar enjin kenderaan tersebut.


Foto: Tiktok

“Bakar kereta serabut sebab dah habis banyak sampai tak berduit,” katanya.

Susulan daripada perkongsian itu, ramai pengguna media sosial menyelar tindakan lelaki itu yang bertindak membakar kereta di kawasan perumahan.

“Apa bendalah bakar depan rumah, elok bakar sahaja rumah sekali sebab menyusahkan awak bayar bil,” jelas @Kualiffqayyum.

“Daripada membazir bakar kereta, lebih jual dekat bengkel spare part (alat ganti) dapat juga duit, ini membazir buta-buta sahaja,” ujar @Haziqromli.

“Awak nak bakar kereta ke nak bakar apa-apa sahajalah, pergi bakar dekat tempat lain jangan sesukahati main bakar dekat kawasan perumahan,” kata @Komengdarjat.

Tinjuan di ruang komen mendapati lelaki tersebut dipercayai mengalami tekanan mungkin disebabkan itu dia bertindak membakar aset miliknya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sqlite3 25-9-2021 03:28 PM
Dah kenapa jo pegi bakar. Jual je lah murah2. Kemudian beli kereta lain.
Quote hasniey 25-9-2021 03:52 PM
Edited by hasniey at 25-9-2021 03:53 PM

Org ni bodoh.ikut hari yg marah.tolak murah2 pon dpt duit.dr skrg cuma dpt asap dgn rangka.merosakkan laman sendiri je

Akk ai kereta 1st dia kancil, rosak sana sini.buat mcm2 abes beribu xboleh grk jgk.
Brtahun bersawang kt garaj.last2 ada org beli tolak 2.5k je ..tu pon org tu yg bg harga.ikut hati dia nk cmpak masuk laut je

Org tu buat kejap je dh ok,boleh jln dh ketenya.nmpk sgt pomen tu penipu kan
Quote green~tea 25-9-2021 04:37 PM
Laki tu yang tak reti troubleshoot kereta sendiri.. main lenjan je keta tp tak faham luar dalam keta..

Husband iols ada kereta 1993... tiptop condition .. daily drive pergi office takde hal, long distance pun selesa
Quote Belibis 25-9-2021 04:58 PM
Kalau kena report..silap2 ke dalam..
Quote edayildiz 25-9-2021 05:00 PM
rasanya dia ni mental kot
Quote batmana 25-9-2021 05:04 PM
dia bakar psl  saja create content ni, nk dpt hits

cam org pi blender tepon IPHONE cmtu..



Quote Knowlee 25-9-2021 06:57 PM
Kereta wira bapak I dulu pun, sampai berasap enjin. Berkali-kali repair. Bila dah berasap tu, let go je kat workshop. Workshop tu beli dlm berapa ribu ringgit saja.
Quote naina 25-9-2021 07:25 PM
Memang serabut la kalau kereta asik rosak je
Beli second untuk memudahkan tapi baru pakai dah rosak itu ini masuk bengkel hbis beribu. Tak rasa bodoh ke?
Bukan kes aku la..tapi ramai yang rapat aku kenal cmtu..konon sayang duit nak beli kereta baru taknak komitmen la riba la..ehhhh.
Quote vespa_oren 25-9-2021 07:25 PM
Kereta kelisa aku still ok, xada bunyi engine langsung, org lain pakai dia pun terkejut sbb masih laju dan sedap bwa
Tapi nk maintenance kereta lama kne banyak duit cash, sbb aku jenis tukar bila wear and tear, bukan sbb dh rosak bru tukar
Quote kivio 25-9-2021 07:49 PM
Laaa dah beli keter buruk pastu nak bikin sana bikin sini
Lepastu beli sparepart murah
Nak marah sapa?

Kebodohan sendiri la terserlah jua

Alahai
Quote Friska 25-9-2021 07:56 PM
Suami belikan saya Toyota Land Cruiser secondhand tahun 2014 sebagai hadiah ulangtahun pernikahan kami yang ke 2. Lengkap dengan service record, scrut report dan auction report, suami yang urusin semuanya.
Quote damsel_fiji 25-9-2021 08:28 PM
Demi secebis content
Quote damsel_fiji 25-9-2021 08:28 PM
Demi secebis content
Quote wirazam 25-9-2021 09:39 PM
green~tea replied at 25-9-2021 04:37 PM
Laki tu yang tak reti troubleshoot kereta sendiri.. main lenjan je keta tp tak faham luar dalam keta ...

Kereta apa Tu...Merc ke??
Quote supernaturalee 25-9-2021 09:47 PM
Iols pnh nk tolak ke lombong sbb mcm ni lh jgk
Duit bnyk hbs
Hntr pomen sn sini x lm rosak lg
Yg lbh heran hntr kt pembuat asl pun still x tau nk figure out ape mslh
Finally after 13 thn berbakti
Dgn berat hati tolak kt org yg nk beli so that I blh buat dp utk kete baru
I had enough kiranya

Quote green~tea 26-9-2021 12:46 AM
Edited by green~tea at 26-9-2021 12:47 AM
wirazam replied at 25-9-2021 09:39 PM
Kereta apa Tu...Merc ke??


JDM toyota mr2... his hobby car, project car, mid life crisis car....

Merc ni cannot keep more than 7 years lah, campak lombong je
Quote nakkomenjugak 26-9-2021 01:19 AM
Haiyooooo
Habis nanti kalau totey tak function, ko nak bakar totey jugak ke acaner?

Tapi iol dulu pernah je buat gini. Masa tu dah menyampah sangat fon tetibe buat hal, terus iol campak ke dinding.
Quote kotakominami 26-9-2021 09:32 AM
Biasa org buat langgar pokok mana mana pastu kowtim ngan adjuster klaim insuran atau jual kat kedai halfcut
Quote sapeka 26-9-2021 10:18 AM
Edited by sapeka at 26-9-2021 10:23 AM

Duit yg dok berabis tu
Kumpul2
Beli kete baru

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043920 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top