CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buang Telinga, Nak Potong Zakar- Lelaki Jadi Wanita Kini Nak Jadi Naga

27-9-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3521| Komen: 23

Los Angeles: Sanggup berbelanja sehingga £61,000 (RM349,649) semata-mata untuk merealisasikan impian bergelar wanita naga.

Ketaasuban Richard Hernandez sukar dikawal malah lelaki itu turut meninggalkan kerjaya sebagai pengurus perbankan untuk mengubah diri menjadi Tiamat Legion Medusa.


Pengubahsuaian ekstrem dilakukannya merangkumi pembedahan membuang telinga dan menjadikan lidah bercabang dua serta kini dia berhasrat membuang zakarnya.

Sebelum ini, selepas menukar diri kepada wanita, Hernandez menjalani terapi hormon yang membolehkan buah dadanya membesar.


Foto: Agensi
"Tetapi sekarang saya dalam proses untuk menjadi genderless (tiada jantina) dan lebih senang bergelar 'ia' seperti ular yang sejenis dengan saya," katanya dilapor Daily Star.


Walau sudah menanam 18 tanduk, mencacah tatu, membuang telinga dan sebahagian hidungnya, Hernandez merasakan misinya masih belum tercapai.

Dia berharap dapat menjalani transformasi penuh sebagai reptilia menjelang 2025 termasuk menukar mata putih kepada hijau seperti Voldemort dalam siri Harry Potter.

Tekad Hernandez mengubah diri menjadi naga didorong latar belakang zaman kanak-kanak yang menyedihkan apabila ditinggalkan ibu bapa dan menjadi mangsa buli.

Dia berjaya bangkit selepas itu dengan membina kerjaya cemerlang dalam bidang perbankan dalam tempoh 15 tahun, namun semuanya berubah selepas disahkan menghidap HIV. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 27-9-2021 09:19 AM
Menda la engkau.  Elok2 cukup sifat Tuhan bagi kau nak jadi macam ni.  Esok2 hidup sampai umur 90 tahun, menyesal tak susah.  
Quote helicornia 27-9-2021 09:30 AM
Mental dah ni.ingat kalau berkepak tu senang ke nak begerak, tido baring
Quote helicornia 27-9-2021 09:32 AM
[quote]helicornia: Mental dah ni
Quote kikuri 27-9-2021 09:33 AM
kalo tak boleh hembus2 api... jangan harap nak jadi naga
Quote budakshinchan 27-9-2021 09:33 AM
gagal hidup ko selamanya.. gagal jd manusia normal.. pastu nnt salahkan itu ini.. otak sendiri ada x leh pakai ko x nk salahkan plak
Quote FOTHER-MUCKER 27-9-2021 09:37 AM
Ok lah tu dia mencari sesatu untuk kegembiraan hidup dia. Janji tak kacau orang..tak bunuh orang..tak bomb orang sana sini.
Quote Samerosie 27-9-2021 09:58 AM
kikuri replied at 27-9-2021 09:33 AM
kalo tak boleh hembus2 api... jangan harap nak jadi naga

Ok ni kelakar.
Quote kyozsamurai 27-9-2021 10:34 AM
otak tu tak nak tukar ke?baru real
Quote fizamn 27-9-2021 11:03 AM
Mcm dah seronok self mutilation this prrson... Pasni fefeeling oku kudung plak ke??? Haisshhhh... Self mutilation suka suka ni x taw nak kata elok ke tak??
Quote xpdckelate 27-9-2021 07:46 PM
Dia berjaya bangkit selepas itu dengan membina kerjaya cemerlang dalam bidang perbankan dalam tempoh 15 tahun, namun semuanya berubah selepas disahkan menghidap HIV


sedih hidup
Quote edayildiz 27-9-2021 07:50 PM
sedihnya abg ni..takpe la jadilah nak jadi dragon pun asalkan bahagia dan xkacau org
Quote monreyes 27-9-2021 09:12 PM
klakor gila...
Quote Belibis 27-9-2021 09:48 PM
Dah jadi reptilia tak perlu beksin la nooooo..
Quote fazamania 27-9-2021 09:52 PM
naga ada buah dada ke?
Quote Fortiori02 27-9-2021 10:04 PM
Edited by Fortiori02 at 27-9-2021 10:05 PM

Kesian org gini. Mungkin x leh terima bnd2 yg jadi dlm hidup dia, so dia pilih jd naga...
Quote sambaldurian 27-9-2021 10:38 PM
menda la payah2 nk operate2 tmbah sayap, tambah sisik bagai, klu Malaysia sng2 je boleh gelar diri Dragon Queen , dgn syarat masuk politik
Quote cashewnut 27-9-2021 10:44 PM
Macam simptom body dysmotphia disorder je kelakunya. Kesian mental dah.
Quote cashewnut 27-9-2021 10:47 PM
cashewnut replied at 27-9-2021 10:44 PM
Macam simptom body dysmotphia disorder je kelakunya. Kesian mental dah.

Dysmorphia bukan dysmotphia wrong typo jari gumuk
Quote naina 28-9-2021 12:36 AM
Untuk ke 100 kali operate pun mungkin dia tetap tak puas. Ketagihan mengubah diri. Selamat berbahagia

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046003 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top