CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Lambat Ke Majlis Nikah, Lelaki Disepak Dan Dipanggil Monyet Oleh Bakal Mentua

27-9-2021 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4704| Komen: 25

Sebuah majlis pernikahan di Oimbo, Kota Bima, Indonesia dilanda kekecohan apabila pengantin lelaki disepak oleh bakal bapa mentuanya ketika proses akad nikah berlangsung, lapor portal KlikAktual, semalam.


Menerusi rakamn video yang dimuat naik di laman Instagram @makassarinfodotcom, insiden berlaku apabila bapa pengantin perempuan menyebut perkataan ‘bote’ bermaksud monyet dalam Bahasa Bima selepas mengucapkan kalimah syahadah.

Perkara tersebut mengundang kemarahan keluarga pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan ditegur atas perbuatannya.



“Apa lagi yang tidak puas hati? Kenapa mahu timbulkan masalah dengan menggelar pengantin lelaki sebagai monyet. Tolong hormati keluarga kami,” demikian ucap wakil keluarga pengantin lelaki.


Tidak puas hati dengan teguran itu, bapa pengantin perempuan secara tiba-tiba bangun dan menerajang muka menantunya sebelum sempat dipegang oleh jurunikah serta saksi yang ada di situ.

Menurut sumber, punca kemarahan bapa pengantin perempuan adalah kerana keluarga pengantin lelaki tiba lewat di majlis akad nikah.


Mereka sepatutnya tiba pada pukul 10 pagi namun hanya muncul sekitar pukul empat petang waktu tempatan.

Sesi pernikahan itu terpaksa diteruskan secara online dan khabarnya, kedua mempelai sehingga kini belum tinggal serumah gara-gara kejadian yang berlaku pada 14 Ogos lalu itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 27-9-2021 03:15 PM
Mmg patut kena terajang. Aku mmg tak boleh bab tak punctual ni blood goes upstairs

Baru terjadi 2 kes kat aku
1. Set appt dgn org aircond dtg kul 10. Pukul 11 tak nmpk btg idung. Bila call katanya nnti dia check. Sampai ke sudah takda update. Mmg tak dtg langsung
2. Set appt utk kontraktor awning dtg kul 11. Kul 12 tak sampai lg. Bila call katanya ada kat putrajaya insyaallah sampai sebelum zohor. Kul 130pm aku cancel appt ckp tak jadi
Dua2 ni kontraktor melayu konon advertise kat fb.  Lepas ni sori la aku nak percaya siapa yg advertise biz kat fb. Unreliable, hv no courtesy to contact customers kalau lambat, hv no respect on other ppl time.
Sekian luahan
Quote kaogi 27-9-2021 03:41 PM
kenapa akhir2 ni byk sgt berita pasal indon ni

Quote becir 27-9-2021 03:42 PM
Janji pagi muncul petang, nampak sgt tak nak kawen..apsal dinikahkan jugak?
Quote imanjannah 27-9-2021 03:44 PM
nahhh itu makanan looo.. 10 pagi.. dtg nya 4 petang.. aje le
Quote edayildiz 27-9-2021 03:47 PM
asal tajuk kawen mesti dtg dari belah sana
Quote n3ar 27-9-2021 03:51 PM
aneh2 jer berita dari indon ni..

mod pun boleh kot delete & ban orang yg suka sangat post berita negara sana... CARI ni forum orang malaysia, kalau berita indon ada kaitan dgn malaysia takpe la jugak
Quote JohnyEnglish 27-9-2021 03:53 PM
merentasi Kepulauan barangkali ,tu psl lambat
Quote nakkomenjugak 27-9-2021 03:54 PM
Haiyooo tak yendia, yindon

Memang patut kena tendang
Otw ko memang tak boleh pakai
Jam rosak ke arah jam terbalik?
Quote helicornia 27-9-2021 04:08 PM
kaogi replied at 27-9-2021 03:41 PM
kenapa akhir2 ni byk sgt berita pasal indon ni

wartawan cari nk capai kpi. berita dr indon pun boleh...
Quote Tokeybundle 27-9-2021 05:39 PM
Ko nak kawen ke x ni.janji pg dtg ptg.

Byk plk kes kawen yg pelik2 dr yindon ni
Quote slyfynx 27-9-2021 05:51 PM
Haish.
Sehari at least mesti ade satu thread indo
Quote Cik_jantung 27-9-2021 05:58 PM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 12:02 PM

..........
Quote naina 27-9-2021 06:02 PM
becir replied at 27-9-2021 03:42 PM
Janji pagi muncul petang, nampak sgt tak nak kawen..apsal dinikahkan jugak?

Gossip kat FB kata jantan ni pun dah buntingkan anak dia. Dahla bunting sebelum nikoh lepastu datang lambat sangat. 10 pagi janji, 4 petang nikoh. Ko rasa..tak ke orang tua tu libang libu rasa dipermainkan..
Nak tak nak je. Romen nak.
Quote imransulaiman 27-9-2021 06:04 PM
becir: Janji pagi muncul petang, nampak sgt tak nak kawen..apsal dinikahkan jugak?


Dah terlanjur kot..
Quote Artemesiaa 27-9-2021 06:22 PM
Cuba nak mengelak ler tu sebab tu lambat munculnya
Quote Guli 27-9-2021 06:23 PM
Judah macam ni pun ada
Quote Guli 27-9-2021 06:25 PM
Kisah pulak camni
Quote Decaffeinated 27-9-2021 06:26 PM
masalah dgn berita dari seberang ni cerita nya selalu sketchy, gambar blur sumber pun limited nak verify

ujung2 acik kepam hanya mampu speku sambil mencerca

kalau rasa nak tambah dosa silalah berkuntum kat thread2 seberang ni wartawan Cari ni

Quote aHoi83 27-9-2021 06:57 PM
Ingat dtg lambat beberapa minit. Ropenya 6 jam lewatnya selayaknya dihempok dgn lesung batu je

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.149451 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top