CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Komen Isu Banjir Di Shah Alam

27-9-2021 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6197| Komen: 30

Kejadian banjir di beberapa lokasi di Shah Alam, Selangor semalam mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah Diana Danielle yang tidak ketinggalan melontarkan pendapat tentang kejadian tersebut.


Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, kejadian banjir di Shah Alam berpunca daripada masalah perubahan iklim yang wujud disebabkan aktiviti penerokaan hutan.

Kredit foto: IG

“Kejadian banjir di Shah Alam, orang cakap ‘patut bina lebih besar ini, lebih baik itu’ tetapi saya mohon maaf kerana terpaksa mengecewakan kalian.

“Hal ini kerana perubahan iklim yang telah menyebabkan bandar dan pekan seluruh dunia berdepan masalah banjir tidak kira betapa bagus bandar dibangunkan,” ciapnya dalam Twitter semalam.




Tambah pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu, orang ramai sepatutnya bersuara agar aktiviti pembalakan di kawasan sekitar dihentikan bagi membendung kejadian sama berulang lagi.

“Anda sepatutnya cakap, ‘kita patut hentikan aktiviti pembalakan’,” katanya lagi.



Semalam, Kosmo! melaporkan sekitar kawasan Stadium Seksyen 13, Shah Alam ditenggelami air sedalam 1.2 meter dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat semalam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 27-9-2021 03:50 PM
Dlu2 shah alam ni aman, kayangan jah. Circa 10y ago walaupon ada a few uni / colleges. Now dah mcm pprt. X berbaloi byr mahal tp setiap kali hujan teruk sgt. Entah mcm mana PBT boleh luluskan. Korang ngase???
Quote sharlenetexas 27-9-2021 04:01 PM
Lama dulu ttdi jaya pernah banjir.

Quote LadyCarefree 27-9-2021 04:23 PM
Exdatin ni mula dah nk meroyan semula. Ada produk la tu nk promote.
Quote mendeluk 27-9-2021 07:49 PM
LadyCarefree replied at 27-9-2021 04:23 PM
Exdatin ni mula dah nk meroyan semula. Ada produk la tu nk promote.

Kahkahkah mmg kuat meroyan. Suka tunjuk pandai kat netizen, tapi realiti budus. Kalau tak, takde derhaka dkt mak dia.
Quote exclusive_vvip 27-9-2021 07:54 PM
sharlenetexas: Lama dulu ttdi jaya pernah banjir.


Tahun bila tu? zaman I blaja dulu pnah banjir jugak tau area seksyen 13 tu..lebih kurang 15tahun lepas gitu..
Quote Knowlee 27-9-2021 08:40 PM
Semalam pegi lunch kat Temerloh Catering tu. Ngam ngam balik je hujan. Nasib baik tak singgah AEON situ. Kalau tak, mesti terkandas. Dahsyat air dia naik. Area rumah I ni pun air sungai, tasik naik lebih tinggi daripada biasa. Sebelah tasik tu tengan buat rumah semi D.
Naya oi kalau air naik.
Quote evlinne 27-9-2021 08:49 PM
Edited by evlinne at 27-9-2021 08:51 PM
anony-mous replied at 27-9-2021 03:50 PM
Dlu2 shah alam ni aman, kayangan jah. Circa 10y ago walaupon ada a few uni / colleges. Now dah mcm p ...


Sejak sskjp dan orang2 negeri lain melambak kat shah alam tu terus jadi pprt yach
Pastu semua tempat kt slgor kalau boleh nak disumbat bawah area shah alam, menyampah iols
Puncak alam, sungai buloh, setia alam, ijok, kota kemuning... feninggg
Quote anony-mous 27-9-2021 11:03 PM
evlinne replied at 27-9-2021 08:49 PM
Sejak sskjp dan orang2 negeri lain melambak kat shah alam tu terus jadi pprt yach
Pastu semua t ...

Bodo kan semua nk letak under shah alam. Bila smpai, punya jauh dari pusat bandar shah alam. Ada yg tmpt dlu klang jd shah alam.
Quote sharlenetexas 27-9-2021 11:06 PM
exclusive_vvip replied at 27-9-2021 07:54 PM
Tahun bila tu? zaman I blaja dulu pnah banjir jugak tau area seksyen 13 tu..lebih kurang 15tahun ...

2010 rasanya.

Quote emera 27-9-2021 11:27 PM
Tengok kat ig dok joget2 dgn kain lap, muka dia sebijik mak dia sbb dah kurus cengkung. Cuma kulit je cerah. Nampak dah tua.
Quote awenda507 28-9-2021 01:09 AM
Takda sapa pun mintk opinion ko dd. Diam lbh baik
Quote LadyCarefree 28-9-2021 02:37 AM
emera replied at 27-9-2021 10:27 PM
Tengok kat ig dok joget2 dgn kain lap, muka dia sebijik mak dia sbb dah kurus cengkung. Cuma kulit j ...

Memang she looks old. Dia ada lower jaw protusion bila kurus kering makin ketara.
Quote Thunderclouds 28-9-2021 10:46 AM
Duduk s.a 20yrs back. Ttdi jaya tu mmg selama2nya dok banjir. My lecturers yg beli rumah area tu mmg mnyesal xsudah. Fast forward i ended up kerja kt area ttdi jaya & i lost count brapa byk kali kna harung banjir. Mai keja,banjir. Kluaq lunch,ujan. Blk opis xlepas sbb jln dh nek air. Mmg gila.
Quote fadz84 28-9-2021 11:06 AM
sharlenetexas replied at 27-9-2021 04:01 PM
Lama dulu ttdi jaya pernah banjir.

Ai Igt lagi zmn study kat Shah Alam dulu circa tahun 2005-2007, ada sekali banjir kilat area Sec 13, ttdi jaya.. ni bkn kali pertama jd..
Quote tagas 28-9-2021 11:11 AM
anony-mous replied at 27-9-2021 03:50 PM
Dlu2 shah alam ni aman, kayangan jah. Circa 10y ago walaupon ada a few uni / colleges. Now dah mcm p ...

Konsep PBT n Gomen adalah

kita tak boleh menghalang pembangunan

Quote TeropongThaico 28-9-2021 11:19 AM
Apsal dia nampak macam tak sihat?
Quote DayangKirana 28-9-2021 11:28 AM
pernah merasa banjir shah alam kat area food court seksyen 2.
air naik almost paras pinggang, mengharung banjir sekali dengan tikus besar2.. geli yuccksss!
tak jejak dh kaki ke sana..
Quote tombolpintu 28-9-2021 11:36 AM
Tahun 86-87 dulu aku duk shah alam..masa tu dah banjir teruk kat sek4....sampai naik sampan bagai..ingatkan dah ok lps tu
Quote mendeluk 28-9-2021 12:15 PM
TeropongThaico replied at 28-9-2021 11:19 AM
Apsal dia nampak macam tak sihat?

Dia memang always tak sihat kot HAHA. Macam ada masalah jiwa. Suruh dia pergi berubat.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038686 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top