Seorang petani terkenal sebagai ‘penelan ular’ maut selepas seekor ular berbisa menggigit lidahnya. Lapor Daily Mail, lelaki berusia 55 tahun itu memasukkan ular kapak ke dalam mulutnya untuk melakukan helah kepada rakan sekerja di ladang di wilayah Astrakhan, Rusia.
Beberapa laporan memaklumkan, lelaki itu sudah dua kali memasukkan ular tedung ke dalam mulutnya, namun ketika percubaan ketiga, ular itu tiba-tiba menggigit lidahnya. Meskipun ular itu berbisa, gigitan reptilia berkenaan kebiasaannya tidak menyebabkan manusia maut.
Namun, beberapa jam selepas petani itu dirawat di hospital, lidah dan tekaknya membengkak akibat reaksi alergi. Petani itu disahkan menderita anafilaksis sehingga menyebabkan lidahnya tidak boleh memasuki mulutnya semula. Sumber: Utusan
|
makneng replied at 28-9-2021 08:48 AM
Dia mati buat benda yg dia suka.
ADVERTISEMENT