Kebelakangan ini, banyak cerita yang kurang enak mengenai haiwan peliharaan terpaksa dilepaskan lalu menjadi kucing atau anjing jalanan. Jika bernasib baik, akan ada yang memberi haiwan ini makanan, tetapi jika sebaliknya mereka akan menjadi kucing atau anjing liar yang menganggu orang. Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menangkap haiwan ini mengikut laporan orang ramai akan menjaga kebajikannya dengan baik. Berita baiknya, anda yang mahu mencuba membela atau menambah koleksi, ini khas untuk anda. Dengan harga yang tersangat murah, kucing RM15, anak anjing RM17.50 dan anjing RM35, anda akan mendapat haiwan terbiar yang sudah dirawat dan dalam keadaan terjaga. Jadi, siapa yang nak bela kucing atau anjing, boleh sahaja ke alamat tertera dalam waktu yang ditetapkan. - CARI |
edayildiz replied at 28-9-2021 03:13 PM
nakkk..sapa yg dh pergi nnti blh share tak
Cari-Azza replied at 28-9-2021 09:37 PM
ok, nanti iols tengok fb kot ada gambar yang terselit pernah pegi sana
ADVERTISEMENT