Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kesal dengan laporan media yang menulis cerita tidak betul tentang produk kecantikannya, Simplysiti. Dengan tajuk sensasi, 25 tahun Siti, 4 tahun jadi RM50 ribu, Siti mendakwa kesilapan itu telah menjejaskan bukan sahaja pengurusan syarikat, malahan kaki tangan, ejen sekaligus memberikan nama buruk terhadap jenamanya. Lebih dasyat, tiada langsung disebut RM50 ribu dalam kenyataan akhbar yang diberi kepada wartawan, jadi mana datangnya angka itu? Menurut Siti lagi, pihaknya terpanggil untuk membetulkan kenyataan tersebut kerana ianya telah ditularkan pengguna media sosial lain hingga menimbulkan salah tanggap terhadap mereka. "Pihak kami sudah pun menghubungi wartawan
yang menulis berita tersebut dan beliau sendiri telah meminta maaf dan saya diberitahu Kosmo dan Utusan Online telah menukar dan membetulkan semula berita tersebut, terima kasih saya ucapkan" Bagi Siti, penjelasan pihaknya sudah cukup menyatakan kebenaran. Terdahulu, Akim Ahmad juga pernah bengang dengan penulis portal menulis cerita salah mengenai Stacy. Jadi, diharapkan peminat Siti sudah boleh bertenang ya sekarang. - CARI |
nanasno replied at 28-9-2021 09:52 AM
tak faham. apa issue dia? statement atas cakap 4 tahun. gambar screenshot cakap 4juta. apa ni apa ni
che-cikL replied at 28-9-2021 10:12 AM
Mmg rendah ya kualiti wartawan pada hari ni.
Masa zaman dulu ( I mean waktu sebelum dan pasca-mer ...
September14 replied at 28-9-2021 10:50 AM
Betul ke x btul ttp rasa mnyampah tgk dia.. mulut dia tu naper jd lebar
iraizz replied at 28-9-2021 03:35 PM
Aku pun perasan jugak mulut dia lain sikit, macamm pelik jer, lebih lagi time dia tenyeh lipstik s ...
ADVERTISEMENT