Anak perempuan pelakon aksi lagak ngeri terkenal dunia, Jackie Chan iaitu Etta Ng mengaku tidak tersinggung apabila mengetahui namanya tidak tersenarai untuk mewarisi harta aktor tersebut yang dianggarkan bernilai RM2 bilion.
Menerusi buku memoir Never Grow Up yang diterbitkan pada 2018, Jackie ada menyebut bahawa mereka yang akan mewarisi pembahagian hartanya adalah isteri, Joan Lin dan anak lelakinya, Jaycee Chan sementara selebihnya akan disalurkan kepada badan amal. Bagaimanapun, Jackie tidak menyebut nama anak perempuannya, Etta Ng yang merupakan hasil hubungan skandalnya dengan wanita bernama Elaine Ng sebagai penerima harta tersebut. Bagaimanapun, seiring waktu, Etta mengaku dia tidak kisah andai namanya tidak tersenarai untuk mewarisi harta kekayaan bapanya kerana menganggap ia bukanlah urusannya.
“Saya tidak menginginkan apa-apapun daripadanya. Saya tidak terluka pun kalau dia tidak menyebut nama saya. Itu bukan urusan saya,” katanya. Selain itu, kata Etta, selama hidup dia juga tidak pernah bertemu dengan bapanya itu dan ia menjadi punca ketidakakrabannya dengan pelakon terkenal tersebut. “Secara peribadi, bagi saya tiada yang baik atau yang buruk tentangnya di mata saya. “Ini kerana saya tidak pernah mengenalinya. Memang prinsip diri saya tidak suka menghakimi seseorang tanpa mengenalinya dahulu. “Ketika saya masih muda, mungkin adakala bersikap biadap tentang dia. Tetapi, sekarang saya jauh lebih tenang. Saya percaya setiap orang akan membuat kesalahan tapi kesalahan apa yang dilakukan dalam hidup anda, itu bukan urusan saya,” katanya. Jackie dikatakan berselingkuh dengan Joan untuk bersama dengan Elaine Ng sekitar kontroversi yang berlaku pada era 90-an. Elaine melahirkan Etta pada November 1999 dan tidak pernah diakui kewujudannya oleh Jackie menyebabkan hidup wanita tersebut dibelenggu tekanan. Pada tahun 2002, Elaine melarikan diri dari Hong Kong ke Shanghai untuk menyembunyikan wajah anaknya daripada dikejar paparazi. Sumber: Utusan
|
putericahaya999 replied at 1-10-2021 01:11 PM
Shah rukh khan je setia
hunters replied at 8-10-2021 09:08 PM
hahaha..srk tu x setia mna pn..klau x xda la gossip dgn heroin film dia..and indian film industry ...
norawestallen replied at 29-9-2021 06:10 PM
Sebenarnya kesian pun ada jugak. Gatal nak skandal. Dapat anak tak reti pulak nk jaga, nk bagi suppo ...
hunters replied at 8-10-2021 09:08 PM
hahaha..srk tu x setia mna pn..klau x xda la gossip dgn heroin film dia..and indian film industry ...
twins replied at 9-10-2021 11:54 AM
org lelaki kalau ada skandal dia mmg seboleh2 tak nak scandal dia ngandung... ni memang biasanya r ...
ADVERTISEMENT