CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Orang Pendatang Tanpa Izin Diikat Pada Pokok Getah

29-9-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2520| Komen: 7

Pasir Mas: Dua lelaki warga Myanmar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah ditemukan terikat pada pokok getah berdekatan hutan di Kampung Rahmat, dekat sini, Ahad lepas.


Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata kedua-dua lelaki berumur 32 dan 33 tahun itu ditemukan anggota PGA7 semasa sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan pada pukul 10.30 malam.


Foto: Bernama

"Kedua-dua lelaki itu memberitahu kesemua barang milik mereka ada pada seorang lelaki yang tidak pasti butirannya, dan disyaki individu itu terbabit dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin," katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lubok Stol bagi siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Negeri Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. -CARI


Sumber: BERNAMA

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 29-9-2021 09:29 AM
ok lah tu ikat kt pokok getah..hrp2 xde kerengga
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 09:45 AM
Kalau Murica versi western for illegal immigrants masuk senyap2 in search of the American Dream,

Malaysia pulak versi Asia.

Quote Skuau 29-9-2021 09:54 AM
"kami pon manusia jugok..bawa kami ke ppv untuk divaksin percuma...supaya(Malesia) boleh mencapai 'herd immunity'...lepas...kami mau buat apa... suka la-PATI Myanmar.
Quote edayildiz 29-9-2021 09:13 PM
sskjp vs PATI..kesian pulak
Quote cheezel 29-9-2021 09:20 PM
padan muka. dahla miskin masuk illegally plk tu. nasib xmati je
Quote trexxxxxi 29-9-2021 11:13 PM
edayildiz replied at 29-9-2021 10:13 PM
sskjp vs PATI..kesian pulak

Dasat ore kampung chuol
Quote edayildiz 29-9-2021 11:36 PM
trexxxxxi replied at 29-9-2021 11:13 PM
Dasat ore kampung chuol

biasa le sek sek kito jange pecohh khenzz aneh2 hihi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.142645 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top