Seorang lelaki kaya juga pemilik restoran di Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas didapati memasang kamera dan merakam pengasuh anaknya secara rahsia. Lapor Daily Mail, mangsa dikenali sebagai Kelly Andrade, 25, merupakan ‘au pair’ atau pengasuh anak yang berasal dari Colombia.
Andrade menemui kamera tersembunyi di bilik tidurnya di kediaman Michael Esposito di Staten Island. Menurut Andrade ketika kejadian majikannya bergegas pulang ke rumah dan cuba memecah pintu bilik tidurnya selepas mendapat tahu dia sudah menemui kamera berkenaan. Bagaimanapun kata Andrade, dia sempat melompat keluar dari tingkap bilik tidurnya dan melarikan diri bersama sebuah kad memori sebagai bukti. Andrade kemudian menghubungi polis dan menyerahkan kad memori tersebut. Pemilik tiga cawangan restoran LaRosa Grill didakwa atas tuduhan jenayah mengawasi individu yang melanggar undang-undang. Andrade menerusi tuntutan mahkamah memaklumkan dia menghabiskan masa selama ratusan jam latihan selepas diupah Cultural Care Au Pair yang menghantarnya untuk bekerja di kediaman Esposito di AS. Dia ditempatkan di kediaman Esposito bersama isterinya, Danielle untuk menjaga empat anak mereka. Jelas wanita itu, pada mulanya dia berasa gembira dapat mempelajari bahasa Inggeris, bekerja di AS dan diberi sebuah bilik tidur berasingan oleh keluarga berkenaan. Namun, dia menjadi curiga selepas melihat Esposito sering menyelaras alat pengesan asap di bilik tidurnya sehingga membawa kepada penemuan kamera tersembunyi itu. Andrade mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan rakaman dirinya termasuk tanpa pakaian. Sumber: Utusan
|
bakingsoda replied at 29-9-2021 02:38 AM
bini laki tu tak insecure ke pengasuh lawa tinggal dlm rumah yg sama
kelip2_07 replied at 29-9-2021 12:33 PM
pengasuh mcm calon ratu cantik..mmg bini tergugat lah
atau pn bini xtau lg psg camera menikmati t ...
Suchi replied at 29-9-2021 01:03 PM
Ha ni macam pilem The Housemaid hat 2021 versi tagalog remake pilem korea.
Pelakon jd maid ratu c ...
kelip2_07 replied at 29-9-2021 01:20 PM
kan??slalu bini yg tkg pilih maid..amik rupe gitu2 jer
Suchi replied at 29-9-2021 02:38 PM
Kalau iols amik macik2 jah hhaha tp jujurin tak suka ade org asing kat umah.
Tapi maid ni kira ta ...
ADVERTISEMENT