Pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui bahawa dramatis popular, Fattah Amin mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang lakonan. Menerusi sidang media virtual drama bersiri original GANJIL yang berlangsung baru-baru ini, Yusry berkata, Fattah mampu untuk menonjolkan sisinya yang berbeza jika diberi watak dan naskhah yang bersesuaian.
“Sebelum ini, saya tidak pernah bekerja dengan Fattah. Namun, saya berpendapat bahawa dia mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang lakonan. “Dia memerlukan satu projek yang menonjolkan sisi berbezanya kepada orang ramai. Saya tidak bermaksud menidakkan kerja-kerjanya sebelum ini. “Tetapi, saya yakin, Fattah mampu memberi lebih berbanding apa yang dia pernah lakukan,” ujar Yusry kepada Gempak. Yusry mengulas mengenai watak dan perwatakan Amry, iaitu watak yang dijayakan oleh Fattah dalam GANJIL.
Suami kepada pelakon Lisa Surihani itu menambah, melihat pada prestasi Fattah sepanjang penggambaran drama GANJIL, Yusry yakin bahawa telahannya selama ini adalah tepat. “Fattah membuktikan yang dia mampu untuk menjayakan watak Amry dengan baik. Seperti yang saya katakan, dia mempunyai potensi dan dia perlu bebaskan diri dia daripada watak-watak yang pernah dia jayakan sebelum ini. “Saya rasa, Fattah berjaya membawakan watak Amry ini dengan baik,” katanya lagi. GANJIL berkisar tentang Nabila, lakonan Diana Danielle dan Amry (Fattah Amin) yang berjumpa hanya dalam mimpi. Menerusi perjumpaan dalam mimpi-mimpi itu, hubungan Nabila dan Amry menjadi semakin erat dan kedua-duanya menggunakan pertembungan dalam mimpi mereka untuk menyelesaikan masalah di dunia sebenar yang mereka sedang hadapi.
|
cicicumel replied at 29-9-2021 12:34 PM
at last he dpt heroin yg sepadan..
ni kan apoo heroin sweet qisminia whoryusss
RVP20 replied at 29-9-2021 05:52 AM
Sebelum tengok 2 episod awal, baca dulu review RF. Dpt 8/10. So decide nak tengok.
So, setuju dgn r ...
mawar_mustika replied at 29-9-2021 02:19 PM
fattah amin akan berlakon best if die dpt heroin best....1st drama die digelar kayu sbb heroin die k ...
mawar_mustika replied at 29-9-2021 02:19 PM
fattah amin akan berlakon best if die dpt heroin best....1st drama die digelar kayu sbb heroin die k ...
sopianpian replied at 29-9-2021 06:34 AM
tunggu nanti drama samarinda tv3 dia dgn fasha as heroin terbitan radiusone.
Pak.dolla replied at 29-9-2021 03:00 PM
Cik ka yg bgtau dkt benang mana..pakdol ada baca...td pakdol nampak..cerita tu ada soundtrack...pe ...
minahmanja replied at 29-9-2021 02:57 PM
aku suke dia berlakon ngan fathia dlu... tk ingat tajuk tp diorg berjiran... citer tu not bad la p ...
ADVERTISEMENT