CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Sakitnya Tuh Di Sini' Bila Kekasih Disindir Ibu Cristiano Ronaldo

29-9-2021 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8373| Komen: 26

Percintaan pesohor dunia sukan, Cristiano Ronaldo dengan kekasihnya, Georgina Rodriguez sudah melewati usia lima tahun.

Sepanjang bersama, pasangan ini memiliki tiga anak; dengan wanita berusia 27 tahun itu sudah memiliki tiga cahaya mata sebelumnya.



Kredit foto: IG Georgina

Bakal muncul dalam program Say Georgina yang  yang memaparkan kisah seharian termasuk aktivitinya bersosial, bekerja dan di rumah, Georgina dalam salah satu klip yang disiarkan sebelum ini dilihat bertemu dengan rakan rakannya.

Dalam pertemuan tersebut, dia ditanya bila akan berkahwin dengan pemain bola dari kelab Manchester United itu.

"Ia tak bergantung kepada saya, saya berdoa," katanya.

Dia kemudian menyambung dengan menyebut perkataan Ojala yang merupakan terma dalam bahasa Sepanyol yang berbunyi 'mari berharap', lapor The Sun.

Ronaldo juga dikatakan terlibat secara tak langsung dalam dokumentari yang menyentuh tentang perjalanan kekasihnya itu.


Malah, atlet berusia 36 tahun tersebut dikatakan mengaku tidak sangka jatuh cinta dengan sekelip mata saat bertemu Georgina di Madrid dulu.
Georgina juga sangat teruja apabila berkongsi khabar dokumentarinya akan disiarkan di Netflix dengan mengemas kini akaun Instagramnya pada Ahad.




"Saya 27 tahun dan lima tahun lalu, hidup saya berubah," katanya.

Sementara itu, laporan sama mengutip wawancara ibu bintang bola sepak terkaya tersebut, Dolores Aveiro, 66.

Menerusi satu temu bual Dolores bersama Sporting Lisbon minggu lalu, wanita itu ditanya mengenai hubungannya dengan kekasih Ronaldo yang didakwa tidak akrab.

Dolores kemudian dengan selamba mengatakan Georgina sebagai seorang 'gadis yang baik' dan 'penyokong terhebat' Ronaldo.

Ibu pemain bola sepak yang menerima gaji harian lebih RM500,000 itu kemudian mengatakan sebagai bapa kepada empat orang anak, Ronaldo menjadi contoh yang baik dalam membentuk keluarga.

Namun, urusan hariannya terutama dalam urusan anak banyak dibantu oleh pengasuh.


Kredit foto: Georgina

"Dia memang dilihat seperti bapa contoh. Tapi dia mempunyai banyak orang di sekeliling yang menolongnya.

"Anak anaknya mempunyai pengasuh dan kebanyakan urusan harian diselesaikan oleh pembantu.

"Mempunyai empat orang anak memerlukan kerja yang banyak. Georgina seorang 'penyokong yang hebat'. 

Ronaldo pertama kali bertemu Georgina sewaktu dia sedang bekerja sebagai pembantu jualan di butik Gucci di Madrid, lima tahun lalu dan terus jatuh cinta. 


Sumber: Gempak
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 29-9-2021 03:25 PM
Dah lima tahun ada anak tak akhwin2 dah knp?
Quote hareeeesah 29-9-2021 04:15 PM
So anak dia 6 la? Muda lagi tapi haibat… kalau tengok muka macam dah 40’s
Quote alesandra 29-9-2021 10:18 PM
ronaldo dgn irina shayk dulu  pun mak dia x suka kann?good luck laa ko berangan kawen dgn anak mak neh..
Quote dani-rox 30-9-2021 12:23 AM
anak tumpang US tu sebijik mcm muka dia. mini CR7 gitu.
Quote lavendernovella 30-9-2021 02:20 AM
Kesian pompuan ni...  
Quote Knowlee 30-9-2021 05:56 AM
Lagi pelik bila dah lama bersama, beranak berkali-kali, tapi yg lelakinya takde nak ikat sebagai suami isteri. Padahal dah mmg macam suami isteri. Eh eh...
Quote annehuda 30-9-2021 01:15 PM
GF die baru 27? aku ingatkan dah baya-baya ronaldo
Quote Ciktiekus 30-9-2021 04:49 PM
Cam tak kena je tajuk..mana sindir nye..tak pasal2 mak ronaldo kena pitenah {:smile
Quote Prickford 30-9-2021 05:24 PM
Ciktiekus replied at 30-9-2021 04:49 PM
Cam tak kena je tajuk..mana sindir nye..tak pasal2 mak ronaldo kena pitenah {:smile

Tang pengasuh tu kot. Kira GF nya hanya menjadi penyokong je. Not a total mother yg take care anak2. Semua dibuat oleh pembantu & pengasuh.

Ceritanya mak si Ronaldo ni mana2 pompuan dengan anak dia pon mmg dia tak suka. Padahal anak dia yg terhegeh2.


Quote pokokbunga 30-9-2021 07:48 PM
Knowlee replied at 30-9-2021 05:56 AM
Lagi pelik bila dah lama bersama, beranak berkali-kali, tapi yg lelakinya takde nak ikat sebagai sua ...

Mcm johnny depp dgn vanessa paradise.. berbelas2 tahun hidup bersama dan beranak pinak, tak kawin2.. pastuh berpisah si depp jumpa amber bercinta kejap terus ajak kawin.. last2 bergaduh bercerai sbb kes dera.. padan muka johnny depp .. wlpun dulu time dia muda2 , jadi pujaan hati aku
Quote Knowlee 30-9-2021 07:51 PM
pokokbunga replied at 30-9-2021 07:48 PM
Mcm johnny depp dgn vanessa paradise.. berbelas2 tahun hidup bersama dan beranak pinak, tak kawin2 ...

Ya, tak faham kenapa buat kat perempuan mcm tu. Nak kata taknak, mmg duk serumah, beranak pinak, mcm laki bini. Tapi takde ikatan perkahwinan.
Quote sribayu 30-9-2021 08:26 PM
Mungkin nikmat sebelum kahwin X Sama dengan Lepas kahwin. Mungkin Ronaldo belajar Dari Brangelina. Nampak Bahgia sebelum kahwin, dah kahwin terus berantakan
Quote Revolver 1-10-2021 09:15 AM
Seriousla 27? Ingatkan dh nk 40 dh
Quote Ciktiekus 1-10-2021 10:03 AM
Prickford replied at 30-9-2021 05:24 PM
Tang pengasuh tu kot. Kira GF nya hanya menjadi penyokong je. Not a total mother yg take care anak ...

Ohh begitu..tp xpe la kan anak kayoo..bleh upah maid ramai2..menantu die boleh la melawo je sepanjang masa utk ank die..
Quote Prickford 1-10-2021 11:38 AM
Knowlee replied at 30-9-2021 07:51 PM
Ya, tak faham kenapa buat kat perempuan mcm tu. Nak kata taknak, mmg duk serumah, beranak pinak, m ...

Ini semua sebab harta. Barat ni kan ade pre nup bagai. Kalau berpisah harta masing2. Takde nak claim sepencarian melainkan masing2 ada persetujuan.

Quote becir 5-10-2021 12:02 PM
Mak Ronaldo ni macam mil from hell gayanya..anak dah ramai biarla diaorg upah nanny byk mana pun..ni sure stok kalau dpt biar menantu sesen pun tak dapat apa2 dari anak dia, nak beli baju ke nak makan ke gi keje..yihh sgt orang tua camni
Quote twins 9-10-2021 12:16 PM
kalau orang Islam.. Ronaldo ni mcm anak yg soleh la gitu....  dia dalam apa juga keadaan memang akan dulukan mak dia.  sbb dorang dulu memang miskin giler... mak dia berkorban  apa saja untuk dia capai cita2 dia nak jd footballer.  sbb tu dia mmg ada openly declared manusia yg paling penting & paling dia sayang dalam dunia ni adalah mak dia.   Georgina pun aku rasa terima keadaan ni... dan georgina tu aku rasa dia mampu bertahan sbb dia pun dapat tempias dari hubungan din dia CR ni.  Dia skrg ni kan model terkenal  ...  kalau tidak dulu memang  mereput jd sales girl jer la kat Madrid
Quote seri_mawr 12-10-2021 02:52 PM
tak kawen asal bahagia sudah...kawen sat gi...berantakan..bercerai berai....

derang mmg jenis x kawen tapi beranak ni benda biasa kan...?
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 07:52 PM
Ronaldo pertama kali bertemu Georgina sewaktu dia sedang bekerja sebagai pembantu jualan di butik Gucci di Madrid, lima tahun lalu dan terus jatuh cinta.


Cehhhh iol keje kat mall kekadang jumpa diba aa ada laa. Choyyy bila lagi nak jumpa abe Ronaldo atau abe chris evans, kot2 boleh snag sorang

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.107155 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top