Besut: "Saya bayar sekitar RM50,000 sehingga lebih RM100,000 setiap kali menggunakan perkhidmatan helikopter berkenaan," kata jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin.
Azlan, 34, dari Kampung Tok Raja, Jertih, berkata dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai helikopter yang digunakan selama ini termasuk mengakui helikopter berkenaan miliknya. "Semuanya persepsi masyarakat yang beranggapan helikopter itu kepunyaan saya. Maklumlah mereka biasa lihat helikopter itu diparkir di hadapan rumah. "Malah, pernah sampai berhari-hari helikopter itu tersadai di hadapan rumah sekali gus memberi tanggapan bahawa helikopter itu kepunyaan saya. "Sebenarnya saya tiada apa-apa masalah mengenai tanggapan orang ramai mengenainya cuma apabila ada pihak tertentu sengaja mencipta sensasi berbau fitnah, saya perlu memberi penjelasan," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.
Katanya, dia menggunakan perkhidmatan helikopter itu untuk tujuan perniagaan hartanah yang dijalankan dan menjadi keperluan wajar kerana segala urusan perlu dijalankan dengan cepat dan lancar. "Saya perlu menggunakan perkhidmatan helikopter sewa itu untuk meninjau tanah-tanah yang dibeli dan bakal dimajukan. "Kadangkala dalam masa sehari, saya perlu berada di beberapa negeri atas urusan perniagaan. Oleh itu penggunaan perkhidmatan helikopter memang diperlukan bagi mempercepatkan pergerakan. "Paling rendah caj sewa satu jam ialah sekitar RM8,000 dan biasanya paling kurang saya akan sewa selama lapan hingga 10 jam untuk urusan perniagaan hartanah yang dijalankan," katanya. Menurutnya, dia pernah ditawarkan untuk membeli helikopter pada harga RM10 juta, tetapi tidak digalakkan membeli helikopter untuk keperluan peribadi atas nasihat pihak yang berkepakaran. "Walaupun kos sewaan helikopter agak tinggi, tetapi kos penyelenggaraan juga lebih tinggi beberapa kali ganda jika memilikinya dan ia langsung tidak menguntungkan saya. "Ini kerana penggunaan helikopter itu bukan pada setiap hari. Maka saya rasa tiada keperluan untuk membeli helikopter buat masa sekarang walaupun mempunyai kemampuan jika mahu," katanya yang pernah bekerja sebagai pengutip sampah sebelum berjaya dalam hidup. Katanya, dia juga tidak menolak kemungkinan akan memajak sebuah helikopter dan pesawat persendirian untuk bagi urusan perniagaannya di seluruh negara. Bercerita mengenai tuduhan berbau fitnah yang dilemparkan ke atasnya di media sosial, katanya, dia memandang serius perkara itu dan sudah melantik peguam untuk tindakan undang-undang. "Memang tidak dinafikan ada segelintir individu tertentu yang dikenali menimbulkan persepsi buruk dan berunsur fitnah sejak kejayaan saya tular di media sosial. "Oleh itu, bagi menjaga nama baik dan kredibiliti, saya melantik beberapa peguam untuk mengambil tindakan perundangan atau saman malu terhadap pihak berkenaan. "Tindakan saman itu sebagai pengajaran kepada pihak berkenaan supaya jangan sesuka hati mencipta sensasi negatif di media sosial," katanya. Azlan yang kini menguruskan perniagaan hartanah bernilai jutaan ringgit berharap segala perkongsian mengenai kejayaannya dalam bidang hartanah menjadi contoh kepada orang ramai untuk berjaya. "Masyarakat perlu membuka fikiran untuk melihat kejayaan yang ditonjolkan itu pada sudut positif dan tidak mencari titik kelemahan yang tidak menguntungkan," katanya. Sebelum ini, tular dakwaan netizen mengenai Azlan yang disifatkan cuba memanipulasi masyarakat mengenai pemilikan helikopter yang digunakan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
green~tea replied at 29-9-2021 02:03 PM
Cari jugak kisah2 dia ni.. langsung takde cerita cemane dari kutip sampah jadi jutawan hartanah.. ju ...
batmana replied at 29-9-2021 02:13 PM
otai2 yg kenal ni, budak weechat mmgla tk kenal,
dh berzman kisah dia merata kt paper, mmg dia du ...
green~tea: Cari jugak kisah2 dia ni.. langsung takde cerita cemane dari kutip sampah jadi jutawan hartanah.. jutawan pebenda?
kelapaparut replied at 29-9-2021 01:56 PM
kalu rm50 k rm100k sedekah kat org miskin kan lg bagus saham akhirat, ni abis duit kat helikopter, ...
ADVERTISEMENT